# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isteri. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2013

Pembedahan Kelompak Mata


Isteri aku atas nasihat doktor pakar minta dia bedah kesan kelestrol ada pada kelompok mata. Aku tak ingat bila kesan itu ada. Rasanya selepas anak yang kelima. Dia tanya aku setuju aje.

Khamis, 15 September 2011

Ulang tahun perkahwinan ke-13


Susah bagi pasangan yang dah makin tua dengan 5 orang anak untuk keluar makan berduaan sahaja. Paling sesuai ialah waktu persekolahan dimana semua anak-anak ada di sekolah atau pasti (tadika).

10 September 2011 adalah tarikh ulang tahun perkahwinan aku yang ke-13 dan aku ambil kesempatan untuk makan bersama.


Habis... licin tak banyak masa sembang.. lebih masa makan aje. Dulu masa muda-muda sembang banyak makan sikit aje.


Ais-krim.. istimewanya ais-krim di UiTM ini ialah payungnya. Tu aku rasa buat harga jadi mahal.. he he 

Ahad, 3 Julai 2011

Sijil Akuan Nikah


Nikah adalah ketentuan Allah, tapi sebab dan akibat adalah kita dan persekitaran kita. Aku nikah dengan rakan sekerja (cikgu sekolah aku). Suatu hari cikgu Noriah Mohd datang jumpa aku, dia kata dia nak bagi hadiah istimewa. Aku pada mulanya tak ambil cakna pun sebab aku selalu dapat hadiah daripada cikgu-cikgu sekolah aku pasal aku suka tolong mereka... kiranya aku ni baik juga.


Baju, seluar, tie, dll tu biasalah. Tapi tak ku sangka rupanya nak bagi "bini". Aku masa tu ada kes dengan budak sekolah.. aku jawab aku kena selesai kes ini dulu. Suami Noriah juga memainkan peranan. Dia ini rupa perancang utama. Aku tak nak cerita 'detail' pasal Radzi suami Noriah banyak sangat 'top secret'. Ini yang didedah kira 5% sahaja.

10 September 1998 aku kahwin setelah bertunang 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tak ada seorang pun sedar aku bertunang dengan rakan sekerja melainkan Pn Hajjah Salmah (pengetua sekarang), Kak Mal (sekarang PAR di IZ), Ustazah Zuwariah (isteri Pengetua Ariffin) dan cikgu Noriah sendiri.

Paling pelik sepanjang aku bersama dengan si'dia' di SMKSO 4 tahun, entah berapa kali sahaja aku bercakap dengannya. Tapi masa bertunang, hampir setiap malam aku telefon... itu pun guna telefon awam. Tak berani nak telefon rumah... Habis duit siling...



Walaupun aku kahwin lewat, ketika berumur 32 tahun, kini aku dah ada 5 orang anak setelah berkahwin selama hampir 13 tahun.

Ahad, 19 Jun 2011

Bertindik


Anak aku bertindik lagi bukan tambang lubang tapi baiki dulu masa bertindik rasa dia ni "nanor sikirt" lubang yang di tebuk tak betul-btul center.


Jumaat, 17 Jun 2011

Shooping di Kamdar


Bila ke Kuala Terengganu, ada sahaja isteri aku ambil peluang untuk shooping. Kami di Kamdar. Yang selalu di bawa sekali ialah anak perepuan aku paling tua Nabihah Syafiqah 11 tahun.

Ini rasanya pilih kain langsir dan baju Melayu untuk raya.