# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Kolam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolam. Papar semua catatan

Selasa, 27 September 2011

Pelihara ikan air tawar (payau)


Aku dah mula tukar hobi. Pelihara ikan pula. Aku mula dengan 2 ikor ikan jelawat. Satu hilang ('nompak' agaknya) dan sekor lagi 'mapus keras' pasal silap tukar air (Baca di sini). Selepas itu aku bertukar kepada 2 ekor anak keli biasa, 4 ekor ikan puyu, 3 ekor ikan sepat kuning (gold gourami) dan 3 ekor sepat padi (pearl gouromi).

Rabu, 14 September 2011

Kolam renang jadi kolam ikan....


Aku buat kolam di hadapan rumah untuk bagi anak-anak aku seronak mandi. Seperti aku tulis sebelum ini, mereka jadi 'dugung' selepas aje pulang sekolah hingga maghrib. Itu kalau tak ada larangan pasti sampai subuh....

Sekarang mereka dah mula jemu.. kolam itu tidak lagi menjadi suatu yang ber'makna' itu perangai budak-budak mana ada benda yang dia orang main dalam jangka masa yang panjang. Dulu beriya-iya nakkan basikal, hingga habis pitih aku belikan basikal. Basikal dah pancit terbiar.. berkarat.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kolam Ikan


Idea nak buat kolam di rumah aku dah lama. Tapi biasanya tak semua kita boleh buat segera kerana semua ini melibatkan duit. Akhirnya hasrat nak pelihara ikan jenis 'tahan lasak' berjaya juga.

Jumaat, 17 Jun 2011

Bersih kolam ikan

Hari ini isteri dan anak-anak aku membersihkan kolam ikan. Anak aku yang rajin nak bersih bukan apa nak ambil peluang nak mandi dalam kolam ikan itu.

Projek kolam ini belum lagi mula kerana tempat letak kereta masih lagi belum siap. Faham-faham sahaja abang aku yang buat... macam rumah tukanglah. Baru pasang dua tiga benda, pergi tempat lain siapkan tempat lain dahulu.