# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Memaparkan catatan dengan label Waris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Waris. Papar semua catatan
Khamis, 2 Februari 2017
Ziarah Rumah Che Ngoh Tanjung Bunut
Rabu, 14 September 2016
Qurban Tahun 2013
Sambutan kurban tahun 2013 antara yang agak menarik kerana kami berhajat untuk masak daging kurban bakar dengan membawa seorang chief hotel untuk tujuan ini. Tahun ini macam sebelum ini kerbau menjadi pilihan.
Qurban Tahun 2012
Mengerjakan kurban telah menjadi macam satu kemestian bagi keluarga mertua aku. Tahun ini (2012) kami kurban seekor kerbau.
Isnin, 12 September 2016
Qurban Tahun 2016
Tahun ni kurban kerbau RM4200 seekor. Tak besar tapi gemuk dan kuat. Sangat sukar nak tumbangkan kudratnya agak kuat berbanding kurban sebelum ini.
Sabtu, 10 September 2016
Qurban Kerbau Aidil Adha 2011
Menyembelih kurban telah menjadi satu aktiviti kemestian bagi keluarga mentua aku. Aktiviti berkurban walaupun sunat tetapi keluarga mentua aku telah mengamalkannya semenjak aku belum kahwin dengan anaknya lagi. Bila dia meninggal dunia, amalan ini diteruskan oleh anak-anaknya terutama anak sulong.
Jumaat, 26 Ogos 2016
Kenduri Kahwin Anak Sepupu di Hulu Sat
Sepupu aku Ustaz Ismail Haji Mamat menjemput untuk perkahwinan anak pertamanya daripada isteri kedua setelah isteri pertama meninggal puluhan tahun lalu. Sangat jauh dan 'ceruk hutan' aku pergi dengan bantuan GPS. Alhamdulillah selamat sampai.
Ahad, 14 Ogos 2016
Melawat Zoo Terengganu di Kemaman
Bersama abang Tolek dan adik Ida ke Zoo Kemaman. 9 April 2010. Gambar diambil oleh anak. Agak banyak yang silap fokus dan blur!!
Khamis, 11 Ogos 2016
Beraya Di Rumah Abang
10 Julai 2016 aku beraya di rumah abang yang ke-4. Agak lewat kerana kami agak sibuk. Hanya makan tengahari dengan masak siakap 2 rasa...
Jumaat, 19 Disember 2014
Kenduri Kahwin Anak Zakaria
Hari ini kenduri rumah waris isteri aku. Daripada semalam anak aku berkhemah di sini untuk membantu memasak. Tinggal aku shj di rumah.. tidur sehingga solat Jumaat.
Dalam bongsu aku (dalam gambar) sangat teruja dgn kerja begini.
Rabu, 22 Mei 2013
Sambut Menantu Ezri Firdaus dan Isterinya...
Selepas kahwin 22hb.. 24 Disember 2012 majlis sambut menantu. Adik aku buat keputusan nak buat rumah dia bukan di rumah abang aku. Jadi kami siapkan garaj untuk majlis ini.
Kahwin Anak Saudara Ezri Firdaus
22 Disember 2012 Perkahwinan anak saudara aku daripada abang ke-2 aku dengan isteri pertamanya. Ini adalah anak bongsu dengan isteri pertama. Anak saudara aku rapat dengan ibu aku pasal ibu aku pun dia panggil "MAK" bukan "TOK".
Kahwin Uzair Anak Ayah Teh (Bapa Saudara Isteri)
2 Jun 2012 aku sekeluarga ke Gelang Patah, untuk perkahwinan sepupu isteri aku, Uzair (baju oren) dan bapa saudara isteri aku (baju coklat).
Selasa, 19 Jun 2012
Khamis, 25 Ogos 2011
Majlis berbuka puasa di rumah aku
Hari selasa 23 Ogos aku buat majlis berbuka puasa untuk keluaraga adik beradik aku. Hanya seorang sahaja tak ada, Hamzah yang sudah meninggal dunia. Aku ada 6 adik beradik.
Abang aku yang keempat dan yang kedua.
Suami anak saudara aku daripada anak abang sulong aku.
Anak aku dan anak lelaki abang sulong aku.
Anak bongsu abang sulong aku, sekarang Tingkatan 5 di SMKSO.
Nasi biryani masih separuh tak habis walaupun semua dah makan. Nampaknya sahur dan berbuka esoknya makan biryanilah aku....
Selasa, 9 Ogos 2011
Sebahagian daripada keluarga
Sebahagian keluarga aku, terdiri daripada abang sulong dengan isteri dan anak, abang yang keempat dengan isteri dan anak, adik dengan suami dan anak. Termasuk juga anak isteri aku serta emak saudara.
Ahad, 19 Jun 2011
Majlis kahwin anak dua pupu aku
Bashir yang berbaju putih berkaca mata dua pupu aku sebelah ayah. Rasa kami tak pernah berjumpa waktu tua ini. Dia sekarang tinggal di Kuantan hadir untuk perkahwinan anak saudaranya.
Semua adik beradik aku hadir dalam majlis ini. Hujung sekali abang aku no 2 Abdul Rahman dan yang tengah abang aku paling tua Yusof. Paling hampir menantu Yusof.
Langgan:
Catatan (Atom)