# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Khamis, 2 Februari 2017
Kenduri Rumah Cikgu Zaleha Ibrahim
Aku pergi kenduri rumah Cikgu Zaleha Ibrahim. Dia kawan baik isteri aku semasa di SMK Sultan Omar. Aku juga ada kerjasama dalam unit Disiplin dan Peperiksaan dengan Cikgu Zalahe semasa di SMK Sultan Omar.
Sabtu, 10 September 2016
Qurban Kerbau Aidil Adha 2011
Menyembelih kurban telah menjadi satu aktiviti kemestian bagi keluarga mentua aku. Aktiviti berkurban walaupun sunat tetapi keluarga mentua aku telah mengamalkannya semenjak aku belum kahwin dengan anaknya lagi. Bila dia meninggal dunia, amalan ini diteruskan oleh anak-anaknya terutama anak sulong.
Ahad, 14 Ogos 2016
Lepak di BTP Marang
Semasa ni bertugas sebagai JU Kursus di BTP Marang, Marang Terengganu. Keluarga datang sekali hari akhir kursus. 21 September 2011
Lepak Di MildTown Hotel Kuala Terengganu
Seperti biasa sebagai JU kursus aku akan bawa keluarga sekali kerana mereka terpaksa menghantar aku ke tempat kursus kerana semasa itu hanya ada satu kenderaan sahaja. Sebelum pulang sempat lepak dengan keluarga. 22 Oktober 2011
Lepak di Permai Park Inn
Aku selalu jadi JU Literasi ICT. Kadang kala aku terpaksa bawa keluarga sekali ini bersama kerana masa tu kenderaan hanya ada satu aje. 24 Oktober 2011 kebetulan kursus di Permai Park Inn Kuala Terengganu.
Khamis, 19 Julai 2012
Berehat di Surau Gong Kapas Kuala Terengganu
Jika ke Kuala Terengganu, salah satu tempat aku suka berehat dan solat ialah di Surau Kg. Gong Kapas. Selesa sunyi dan tenang.
Selasa, 19 Jun 2012
Isnin, 26 September 2011
Raya Puasa 2011
![]() |
Pagi yang tenang tak ada kenderaan dan semuanya tertutup. |
Tahun ini keluarga aku beraya di Merchang rumah ibu kepada isteri aku lagi. Anak-anak aku semuanya seronak nak balik ke sana. Aku rasa di sana ramai sanak saudara dan pitih raya pun mudah dapat. Itulah fikiran budak-budak sekarang rasanya..
Seperti aku tulis di blog Notatercicir, aku ke Dungun untuk berjumpa kawan-kawan dan bayar fitrah pada malam raya (Baca di sini).
Pagi besok mulalah 'gaduh' nak kejar untuk solat raya, walaupun aku tulis boleh solat sendiri pun tak apa (baca di sini).
![]() |
Sempat juga snap gambar pada masa ini, ini kerja gila! |
Apa lagi aku lari 160 - 170 km/j
Kerana lambat, kami sekeluarga di baranda Masjid lama aje.
Bersama dengan anak saudara, anak abang sulong isteri aku.
Anak aku dan abang sulong isteri aku serta anak-anaknya. Tema kali ini BIRU (bukan gelombang biru!)
Time bagi duit raya. Anak bongsu Nabila Atiqah 5 tahun.
Muhammad Mursyid 7 tahun
Muhammad Haziq Izanuddin, 9 tahun. Nama ya Allah panjangnya. Aku tiga huruf, dia ni 3 kerat.
Nabihah Syafiqah, 11 tahun. Baka besar sikit.
Anak sulong Muhammad Muizzuddin, 12 tahun
Kami sekeluarga.
Kami sekeluarga posisi sama dengan raya 2010.
Anak-anak.
Khamis, 15 September 2011
Ulang tahun perkahwinan ke-13
Susah bagi pasangan yang dah makin tua dengan 5 orang anak untuk keluar makan berduaan sahaja. Paling sesuai ialah waktu persekolahan dimana semua anak-anak ada di sekolah atau pasti (tadika).
10 September 2011 adalah tarikh ulang tahun perkahwinan aku yang ke-13 dan aku ambil kesempatan untuk makan bersama.
Habis... licin tak banyak masa sembang.. lebih masa makan aje. Dulu masa muda-muda sembang banyak makan sikit aje.
Ais-krim.. istimewanya ais-krim di UiTM ini ialah payungnya. Tu aku rasa buat harga jadi mahal.. he he
Rabu, 14 September 2011
Kolam renang jadi kolam ikan....
Aku buat kolam di hadapan rumah untuk bagi anak-anak aku seronak mandi. Seperti aku tulis sebelum ini, mereka jadi 'dugung' selepas aje pulang sekolah hingga maghrib. Itu kalau tak ada larangan pasti sampai subuh....
Sekarang mereka dah mula jemu.. kolam itu tidak lagi menjadi suatu yang ber'makna' itu perangai budak-budak mana ada benda yang dia orang main dalam jangka masa yang panjang. Dulu beriya-iya nakkan basikal, hingga habis pitih aku belikan basikal. Basikal dah pancit terbiar.. berkarat.
Sekarang mereka dah mula jemu.. kolam itu tidak lagi menjadi suatu yang ber'makna' itu perangai budak-budak mana ada benda yang dia orang main dalam jangka masa yang panjang. Dulu beriya-iya nakkan basikal, hingga habis pitih aku belikan basikal. Basikal dah pancit terbiar.. berkarat.
Ahad, 4 September 2011
Gaya sama hari sahaja berbeza
Kerja aku sekarang lebih banyak guna komputer daripada menulis dengan pen atau ballpen. Itu sebab aku dah tak ada pen spesial macam dulu.
KIK Daerah Dungun
ALP SRABZA
Komuniti Kebajikan Dungun
KIK Negeri Terengganu
Ni pun sama...
Meja aku di Makmal ICT
Sambutan Raya di sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)