# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Februari 2014

Tapak rumah sewa aku semasa kecil (1969-71)


Gambar ini aku ambil tahun 2012 berhampiran rumah Farook (Jalan Ustaz Omar Shukri/Jalan Nibong Stesyen). Pecahan simen itu adalah tapak rumah kedai yang aku tinggal sebagai rumah sewa ketika aku berumur 3 tahun (1969) sehingga berumur 5 tahun (1971) sebelum aku pindah ke sini (sila klik)

Di sini aku disebesarkan... masih ingat lagi aku tabur kacang panjang yang sudah busuk tapi menghasil pokok. Aku masih ingat lagi bagaimana aku main "cikru" di atas simen di dapan rumah.


Sabtu, 22 Oktober 2011

Buku nota kimia aku..


Dulu orang tak panggil buku nota, orang panggil buku salinan kimia. Masa dulu aku hanya guna buku 80 muka surat sahaja untuk setahun. Zaman sekarang dahlah buku tebal besar pula.. entah apa yang disalin. Nota sekadar isi penting aje.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tempat tinggal aku masa kecil


Masa aku berumur 5 atau 6 tahun, iaitu antara tahun 1971 - 1972 aku telah tinggal di sebuah rumah sewa yang aku panggil Mak Cik Su Siti. Aku tinggal di sini sehingga berumur 18 tahun.