# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Jumaat, 7 Disember 2012

Got (Reban) Arnab


Jumaat biasa aku tidur aje. Tapi anak-anak aku, terutama isteri aku suka buat kerja. Anak-anak biasa akan buat projek. Projek terbaru bagi tahun 2012 (Ini cerita Januari 2012) ialah pelihara arnab, setelah emak saudaranya di Merchang bagi 3 ekor arnab. 



Anak bongsu aku tak terlepas sama, menyibuk dalam hal ini.


Aku bangun tidur lihat semua sedang buat got (reban), aku pun malau mata juga, takkan nak biar 'bini' buat oii. Jadi terpaksa turun membantu.


Kayu reja (lebihan) semasa buat rumah dulu digunakan.


Isteri aku ini jenis suka 'menukang' (buat kerja lelaki).


Pasang jaring plastik.


Guna cutter untuk kerat lebihan dawai.


Guna stapler besar lebih mudah daripada paku.



Dawai, jaring halus, kasar dsbnya digunakan semuanya menjadikan reban ini antik!!


Ini ibu aernab.. Bapaknya sebelah (putih) dan seekor lagi hitam mati digongong anjing liar.


3 Kali beranak tapi semuanya mati. Mulai lapan ekor mati semuanya kerana kurang tahu penjagaan. Tapi selepas itu anak-anak aku kawal semuanya.


Pastikan menggunakan alas plastik untuk memengang anak nanti ibunya akan membiarkan jika ada baun lain pada anaknya.


Anak dah besar..


Yang dapat membesar hanya 3 daripada 6 ekor...


Bila nak beranak kali keempat, ibunya gigit reban keluar rumah dan beranak dalam lubang. Akhirnya kami buat keputusan biarkan dia keluar.


Yang jantan pun keluar juga ikut 'isteri'.....


Akhirnya aku lihat arnab lebih ceria dan happy bila berada diluar sangkar. Dia beranak dalam lubang di tepi rumah aku. Malam-malam 'dia orang' akan keluar.....

Semoga bahagian!!!
Jimat makanan pasal arnab ni pun KUAT MAKAN!!!


FAKTA:

Satu fakta yang perlu ketahui, walaupun arnab ini dilahirkan disangkar, tak pernah pijak tanah. Tapi bila arnab besar dan nak beranak arnab boleh pecahkan sangkar dan gali lubang untuk beranak di dalam lubang. Arnab ini belajar dengan siapa???

Kalau manusia dipelihara oleh binatang manusia aku rasa tak punyai keupayaan untuk mengikut habitat asalnya. Kenapa??





Tiada ulasan:

Catat Ulasan