# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Nabihah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nabihah. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Di Tanjung, Dungun 2009


Pada 4 Jun 2009 bawa anak-anak mandi di Pantai Tajung, Seberang Pintasan Dungun. Bibik masa ada sekali. Seronok juga budak-budak pasal air...

Di Sungai Merchang 2008


Khamis 24/4/2008 bawa anak-anak ke Sungai Merchang untuk berseronok. Walaupun air tak sesuai, berlumpur tadi budak-budak tak ambil kira pasal itu semua.

Di Pantai Teluk Lipat 2008


Pada Jumaat 25/4/2008 bawa anak-anak ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Atiqah masa tu kecil lagi, jadi tak ada dalam koleksi. 

Sabtu, 1 Oktober 2011

Muiz dan Nabihah masa kecil


Aku di hotel UiTM Dungun tahun 2000 ketika Muizzuddin berumur 2 tahun dan Nabihah berumu setahun.


Muizzuddin dan Nabihah tahun 2000.

Sabtu, 23 Julai 2011

Jabatan Seberang Pintasan Dungun


Sebelum ada jabatan untuk ke Seberang Pintasan, aku dulu naik "bot nambang" atau mengikuti jalan jauh iaitu melalui Tanjung Jara. Tapi sekarang jabatan dan ada ini memudahkan perjalanan serta cantik pula permadangan di atas jabatan ini.


Gambar ini aku ambil pada 29 Januari 2008 dan anak-anak aku masih kecil lagi.


Haziq dan Mursyid masaih lagi belum bersekolah.

Ahad, 19 Jun 2011

Beli Sate Ikan

Anak perempuan aku sedang beli sate ikan. Dia ni kalau suruh beli makanan mesti senyum sampai ke lutut!!

Bertindik


Anak aku bertindik lagi bukan tambang lubang tapi baiki dulu masa bertindik rasa dia ni "nanor sikirt" lubang yang di tebuk tak betul-btul center.


Jumaat, 17 Jun 2011

Beli Ais Cendol

Bila naik kereta pergi mana-mana termasuk balik daripada sekolah anak aku yang perempuan Nabihah Syafiqah selalu minta beli apa-apa yang dia terlintas.

Nasib baik terlintas penjual ais cendol. Kira jimat duit sedikit. Hari itu di MyDin Kuala Terengganu nampak jam yang cantik minta belikan jam. Sampai hari ini jam warna pink dengan cahaya warna  pink itu masih lagi dalam ingatannya. Dia akan 'ratib' minta aku belikannya.

Penjual Cendol ini peramah dan membuatkan aku terlintas satu projek bernamakan sempena penjual cendol.

Shooping di Kamdar


Bila ke Kuala Terengganu, ada sahaja isteri aku ambil peluang untuk shooping. Kami di Kamdar. Yang selalu di bawa sekali ialah anak perepuan aku paling tua Nabihah Syafiqah 11 tahun.

Ini rasanya pilih kain langsir dan baju Melayu untuk raya.