Abang keempat aku, Tolek dengan anaknya.
# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Memaparkan catatan dengan label Abang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abang. Papar semua catatan
Selasa, 19 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Menebas semak samun..
Pemandangan rumah jika dilihat dalam gambar nampak cantik, tapi hakikatnya agak bersempah macam tak ada orang menjaga.
Ahad, 3 Julai 2011
Pasang Paving Block
Aku buat keputusan nak pasang paving block. Buat permulaan order dulu 2000 biji.Abang aku yang pasangkan. Katanya tanah mesti di mampatkan dengan mesin. Selepas itu tabur dan rata dengan pasir garam (pantai) selepas itu pasang paving blok dan mampatkan sekali lagi dengan mesin mampatan.
Khamis, 23 Jun 2011
Hari ini pecah beranda untuk buat tangga
Rumh aku macam tak siap-siap semenjak 2003. Hari ini abang aku pecahkan beranda untuk buat tangga memudahkan untuk naik terus daripada tempat letak kereta.
Ada sedikit persilihan pandangan samada nak buang 5 atau 7 tiang bangi keluasan tangga. Akhir sepakat buang aje 5.
Tangga hampir siap, telah dirasmikan oleh tapak kaki kucing. Celaka punya kucing!
Ahad, 19 Jun 2011
Majlis kahwin anak dua pupu aku
Bashir yang berbaju putih berkaca mata dua pupu aku sebelah ayah. Rasa kami tak pernah berjumpa waktu tua ini. Dia sekarang tinggal di Kuantan hadir untuk perkahwinan anak saudaranya.
Semua adik beradik aku hadir dalam majlis ini. Hujung sekali abang aku no 2 Abdul Rahman dan yang tengah abang aku paling tua Yusof. Paling hampir menantu Yusof.
Rabu, 16 Disember 2009
Garaj kereta
Gambar ini aku ambil pada 24 Januari 2011. Aku nak buat porch kereta. Bincang-bincang akhir jadi besar atas nasihat abang aku memang kalau nak buat dia selalu yang terbaik, yang terbesar, yang berkualiti...
Langgan:
Catatan (Atom)








