# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Memaparkan catatan dengan label Mursyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mursyid. Papar semua catatan
Sabtu, 17 Mei 2014
Gunting Rambut Di Kedai Gunting
6 Mac 2013 - Jarang aku bawa anak-anak aku gunting di kedai. Semuanya aku gunting sendiri. Jimat belanja...
Rabu, 22 Mei 2013
Baiki Komputer
Walaupun saya pandai membaiki komputer, saya jarang membabitkan anak-anak saya. Saya tak berhasrat nak ajar mereka daripada kecil. Mungkin juga masa saya yang agak tidak begitu banyak dan saya kena tumpu. Lagi pun saya pandai komputer hanya ketika berumur 21 tahun. Sebelum itu tak kenal mana pun, sentuh pun tidak. Jadi tak mustahil anak saya boleh pandai kalau dia belajar sendiri.
Jumaat, 22 Jun 2012
Di Tanjung, Dungun 2009
Pada 4 Jun 2009 bawa anak-anak mandi di Pantai Tajung, Seberang Pintasan Dungun. Bibik masa ada sekali. Seronok juga budak-budak pasal air...
Di Sungai Merchang 2008
Khamis 24/4/2008 bawa anak-anak ke Sungai Merchang untuk berseronok. Walaupun air tak sesuai, berlumpur tadi budak-budak tak ambil kira pasal itu semua.
Di Pantai Teluk Lipat 2008
Pada Jumaat 25/4/2008 bawa anak-anak ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Atiqah masa tu kecil lagi, jadi tak ada dalam koleksi.
Selasa, 19 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Menebas semak samun..
Pemandangan rumah jika dilihat dalam gambar nampak cantik, tapi hakikatnya agak bersempah macam tak ada orang menjaga.
Rabu, 7 Disember 2011
Sunat anak..
Bersunat atau bahasa baku disebut berkhatam suatu tradisi bagi anak-nak lelaki yang nak jadi benar-benar 'lelaki'. Aku dulu bersunat ketika masuk darjah 5. Hampir semua abang-abang aku bersunat dengan Tok Mudin di Kg Merbau Patah, sebab kami berasal daripada Kuala Terengganu. Aku dilahirkan di Kg Pulau Sekati.
Tapi aku, lain sedikit bersunat di hospital. Masa itu perubatan hospital Dungun dah mula ada rawatan khatam. Mungkin susah nak ke Kuala Terengganu, jadi paling baik sunat aje di Dungun.
Zaman dulu sunat guna iodin, balut, jahit dengan tali 'taksi'. Seminggu buka balut ya Allah sakit kerana melekat. Taksi pula kadang kala tak reput, kena tarik sendiri. Tapi sekarang perubatan bab khatam ini melalui banyak perubahan. Mudah dan canggih. Pasal tu tak hairan ada orang tua pun nak sunat sekali lagi, katanya nak "erong" he he he...

![]() |
Muryid nampak macam taku sikit... |
Hari Ahad aku call Matzait (Orang panggil dia Mat Zaid Doktor.. tak payah melebar pasal gelaran ini). Dia ini kenalaan aku dan kami banyak telibat dalam program luaran bersama. Tanya dia pasal nak sunat anak. Dia kata hari ini pukul 3 petang boleh. Celaka Matzait aku call dia masa tu lepas zohor... "Mana sepat anak-anak aku tengoh main tanah.. dia pun dok tahu pun pasal sunat ni" kata aku.
Ok Matzaid minta 6 petang, pasal hari lain dah penuh. Aku kata kalau esok petang macam mana. Ok dia setuju pukul 5.00 petang.
Aku baru beritahu isteri aku pasal sunat dan anak-anak aku. Haziq nampak rileks aje macam setuju, musryid baru 7 tahun macam tak ready aje. Dia tak sihat, malam tu deman dan berpanjangan sampai esok. Aku pun macam nak batalkan Mursyid lagipun dia muda lagi... Tapi esok walaupun deman Mursyid berjaya disunatkan.

Haziq ok, rileks aje... |
Kami pilih tempat paling sesuai, depan pintu pasal ada cahaya matahari boleh menerangi untuk proses untuk menjahit.
Aku sediakan bilik tidur mereka berdua macam 'hospital'. Siap minta kakaknya 11 tahun jadi jururawat. Kena pasang TV dan DVD player di bilik tidur, selain kena minuman berkhasiat dan buah-buahan.
Emaknya malam tu panggang ayam guna microwave. Dulu aku tulis pasal microwave yang isteri aku tak setuju beli... sekarang dia adalah pengguna utama. (baca di sini).
Pagi besok Mursyid mula buat perangai, ubat tak nak makan... tak boleh telah. Deman dia makin melarat. Paling seronak aku terdengar daripada bilik aku "...Ayoh suruh sunat ni!!" Teruk aku layan mereka berdua. Termasuk kena buat 'sarang' semasa dia nak mandi untuk pastikan burungnya tak terkena air...

Khamis, 25 Ogos 2011
Puasa lebih daripada 18 jam
Anak aku Mursyid 7 tahun setakat ini berpuasa penuh. Hanya kurang selesa dia ni suka cari hal untuk 'peai'. Semalam aku kejutkan untuk berbuka dia tak bangun. Kita biarkan aje. Balik tarawih aku ke rumah abang aku.
Kira-kira pukul 12.00 tengah malam aku balik, dia masih tidur lagi.
Ini mukanya setelah tidur daripada 6 ptg hingga 12 tgh malam. Ni kira waktu berbuka.
Isnin, 8 Ogos 2011
Kerenah Berbuka Puasa
Bulan puasa, "time berbuka" dengan anak 5 orang berderet macam keratapi memang menyeronokkan tapi kadang kala 'naik darah juga' bila dia orang buat hal. Puasa mengajar kita untuk bersabar dan juga bertindak bijak.
Saya sebelum ini telah menentapkan tempat duduk masing-masing dan tak boleh bertukar. Tujuan tak lain mengurang perbalahan dikemudian hari.
Hari ini, anak aku 7 tahun, Mursyid tertidur sebelum berbuka. Bila dia bangun kerusinya tak ada dan dia mula nak merengek dan masuk semula ke ruang keluarga. Aku cakap kepada isteri aku biarkan sahaja. Kami teruskan berbuka dan dia tertidur semula di sofa.
Selepas kami selesai baru aku kejutkannya.

Semasa dia berbuka dia cakap kepada emaknya. "Niat tak lagi berpuasa", kemudian dia toleh ke dinding melihat jam. "Kenapa masih pukul 7 lebih"... Dia baru sedar rupanya.
Dalam 'mambai' habis ikan kerapu masak tomato yang harga hari ini macam bedil RM28 sekilo. Selepas itu dia datang kepada emaknya. "Ummi sedah ikan kembong, habis doh Mursyid nak makan sahur nanti macam mana?"
Hari ini sekurang-kurangnya aku dah selesai masalah kalau aku biarkannya nanti mungkin ada sedikit suasana tak tenteram yang boleh melibatkan yang lain.
Sabtu, 23 Julai 2011
Jabatan Seberang Pintasan Dungun
Sebelum ada jabatan untuk ke Seberang Pintasan, aku dulu naik "bot nambang" atau mengikuti jalan jauh iaitu melalui Tanjung Jara. Tapi sekarang jabatan dan ada ini memudahkan perjalanan serta cantik pula permadangan di atas jabatan ini.
Gambar ini aku ambil pada 29 Januari 2008 dan anak-anak aku masih kecil lagi.
Haziq dan Mursyid masaih lagi belum bersekolah.
Isnin, 11 Julai 2011
Jam Baru
![]() |
Duduk telek ke jam dialah ni... |
Mursyid anak aku yang keempat, tahun satu di Sekolah Rendah Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA). Masa peperiksaan baru-baru ini kalau dapat nombor satu aku nak bagi basikal. Saya aku main-main aje.
Rupa-rupanya dia ini jenis yang serius. Dia tak makan maggie takut jadi bodoh. Daripada mana dia dapat pertua ini aku pun tak tahu. Di sekolah dia minta jawapan dengan cikgu pasal nak dapat nombor satu.
Bila tiba peperiksaan rupa dapat nombor satu. Mampus aku... Aku cakap dia beli basikal bila dia besar sedikit. Bazir duit. Dia cadangkan aku belikan dia jam, pasal jam murah... bijak kepala hotak dia ni..
Akhirnya aku akur. Belikan jam di Mydin RM39.90. Hari-hari aisyik tanya pasal jam... boleh mandi tak. Boleh kena shampoo tak? Aku naik pening.. Jika jam tu tak sama dengan jam di dinding lagi dia tanya...
Pening kepala aku.....

Khamis, 23 Jun 2011
Mursyid ada bakat seni
Mursyid anak aku berusia 7 tahun suka melukis. Kalau dia buat kerja, dia agak teliti dan kerjanya juga kemas. Kreativitinya juga ada.
Ini hasil kerja tampal menampal yang dilakukan. Aku boleh bagi A.
Ini hasil kerja tampal menampal yang dilakukan. Aku boleh bagi A.
Jumaat, 17 Jun 2011
Bergaya masa makan...
Ini gambar aku ambil semasa kami pergi kenduri rumah saudara isteri aku di Rusila. Anak aku Muhammad Mursyid, 7 tahun dengan gaya tersendiri.
Dia kadang kala lucu dan antara yang sukar nak dengar kata-kata aku. Kena 'bedal' baru dia dengar.. dan paling berani bercakap walaupun ketika aku sedang marah.
Kadang kala percakapannya cukup menyusuk jiwa, walaupun dia tanya serius tapi selalu macam perli aku.

Main "games"
Jarang aku bagi anak aku 'main games' (kalau sila baca permainan utama...) tapi oleh kerana dua orang anak aku dah pergi perkhemahan, tinggal 3 orang sahaja. Aku rasa sunyi sedikit rumah.
Jadi bagilah dia orang bergalak.. Dua notebook kesayangan aku aku bagi dia orang "redah". Apa seronakknya berhenti solat aje..
Jadi bagilah dia orang bergalak.. Dua notebook kesayangan aku aku bagi dia orang "redah". Apa seronakknya berhenti solat aje..
Selasa, 14 Jun 2011
Bangun pagi terus tanya roti
Bangun pagi terus tanya roti, mandipun tak sempat. Tapi hari ini istri aku rajin, sempat juga dia buatkan mee goring walaupun sibuk dengan kereneh 5 orang anak. Seorangnya lambat bangun, seorangnya nak emaknya mandikan dan seorang tu tak boleh 'terselih" ada aje nak buat hal.
Aklu sibuk juga tapi sibuk dengan PC dan notebook!!
Aklu sibuk juga tapi sibuk dengan PC dan notebook!!
Tunggu nak makan roti sehingga tertidur..
Hari ini aku tak ada program secara khusus, jadi aku ambil kesempatan nak melihat blog-blog yang aku buat. Terkejut, rupanya ada 18 blog telah aku buat. Hampir kesemuanya aktif.
Blog ini Lot7640 adalah blog yang aku guna untuk dijadikan contoh untuk aku bagi khusus kepada mana-mana kumpulan individu. Aku juga ada buat satu modul dan blog ini adalah contohnya.
Semalam terlintas untuk menghidupkan balik blog ini kerana aku buat blog ini pun untuk menceritakan isi rumah Lot7640.. Aku mulai hari ini sebagai starting.. dan ini akan dijadikan dairi elektronik. Aku tak akan tukar templatenya pasal templete ini sudah dimasuhkan oleh pihak blogger.com. Walaupun tak cantik biarkanlah sebagai kenangan dan dia ada 'velue' sebagai template antik.
Anak aku yang keempat Muhammad Mursyid, 7 tahun telah merenggek nak makan roti. Dia ini kurang makan nasi. Aku buat tak layan aje..
Pasal banyak 'dok cara ke blog ni'. Aku kata akan pergi. Bila aku pergi beli dan balik dia dah tertidur. 'Nyaknya' tidur dalam keadaan 'berlepeng'..

Langgan:
Catatan (Atom)