# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tempat tinggal aku masa kecil


Masa aku berumur 5 atau 6 tahun, iaitu antara tahun 1971 - 1972 aku telah tinggal di sebuah rumah sewa yang aku panggil Mak Cik Su Siti. Aku tinggal di sini sehingga berumur 18 tahun.



Rumah ini, walaupun kecil tetapi ada 3 bilik dengan ruang tamu dan dapur. Ada "labul" di dapur.


Aku masa kecil tak banyak berkawan dan aku main seorang-seorang. Suka cakap seorang di bawah rumah. Kadang kala aku cari "cik ru" (sejenis serangga yang suka korek tanan pasir) untuk di lagakan. Ikan 'sekilau' pun dalam botol aku letak di bawah rumah. Bawah rumah pun macam tempat simpanan paling selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan