# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kolam Ikan


Idea nak buat kolam di rumah aku dah lama. Tapi biasanya tak semua kita boleh buat segera kerana semua ini melibatkan duit. Akhirnya hasrat nak pelihara ikan jenis 'tahan lasak' berjaya juga.



Adik aku peruntuk RM5 ribu semata-mata untuk kolam. Dia 'tempek' di dinding hadapan rumahnya. Menarik juga dengan pokok hidup. Tapi aku mesti buat kelaianan. Ada juga nak buat kolam mandi... tapi nak urus tu agak susah.



Mula-mula aku nak buat dalamnya 4 kaki, tapi isteri tak setuju.. akhirnya 3 kaki sahaja.


Bila siap kolam ikan ini, yang paling teruja anak-anak aku dan anak saudara aku. Mereka 'beraya' di kolam ini mula balik sekolah sehingga maghrib.



Nampak aku kena tangguh dulu pasal ikan sehingga semua 'dugung-dugung' ini dan jemu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan