# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Ahad, 14 Ogos 2016
Anak-anak bermain-main di Pantai Teluk Lipat
25 April 2008 membawa anak-anak ke Pantai Teluk Lipat, Dungun untuk mereka bermain-main dengan ombak.
Perjalanan Pulang Daripada Johor Ke Dungun
Perjalanan pulang daripada Johor Bahru ke Dungun melalui jalan mersing dan singgah makan dan solat 19 Disember 2010.
Lepak di BTP Marang
Semasa ni bertugas sebagai JU Kursus di BTP Marang, Marang Terengganu. Keluarga datang sekali hari akhir kursus. 21 September 2011
Lepak Di MildTown Hotel Kuala Terengganu
Seperti biasa sebagai JU kursus aku akan bawa keluarga sekali kerana mereka terpaksa menghantar aku ke tempat kursus kerana semasa itu hanya ada satu kenderaan sahaja. Sebelum pulang sempat lepak dengan keluarga. 22 Oktober 2011
Lepak di Permai Park Inn
Aku selalu jadi JU Literasi ICT. Kadang kala aku terpaksa bawa keluarga sekali ini bersama kerana masa tu kenderaan hanya ada satu aje. 24 Oktober 2011 kebetulan kursus di Permai Park Inn Kuala Terengganu.
Khamis, 11 Ogos 2016
Perjumpaan Hari Raya 2016 Bersamaan Keluarga Kelas 2 Bukhairi SMASID
Ibubapa pelajar Tingkatan 2 Bukhairi telah bersetuju menjadikan rumah aku tempat perjumpaan. Masing-masing bawa makanan dan sebahagian besar disediakan oleh keluarga aku sebagai tuan rumah.
Beraya Di Rumah Abang
10 Julai 2016 aku beraya di rumah abang yang ke-4. Agak lewat kerana kami agak sibuk. Hanya makan tengahari dengan masak siakap 2 rasa...
Sambutan Hari Raya 2016
Tahun ini aku sambut hari raya di Dungun dengan warna baju pink. Sambutan macam biasa tetapi meriah kerana terlalu ramai yang datang ke rumah. Duit raya pun banyak juga habis...
Rabu, 30 Disember 2015
Makan Tengah Hari Di Pantai Teluk Lipat, Dungun
Pantai Teluk Lipat memang terkenal. Sangat cantik nak dibandingkan dengan pantai-pantai di pantai barat tetapi oleh kerana rumah aku tak jauh, sekitar 880 meter saja kalai ikut jalan raya jadi pantai ini taklah jadi suatu yang nak dibanggakan.
Jumaat, 19 Disember 2014
Kenduri Kahwin Anak Zakaria
Hari ini kenduri rumah waris isteri aku. Daripada semalam anak aku berkhemah di sini untuk membantu memasak. Tinggal aku shj di rumah.. tidur sehingga solat Jumaat.
Dalam bongsu aku (dalam gambar) sangat teruja dgn kerja begini.
Langgan:
Catatan (Atom)
