# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 14 Julai 2011

Tanam rumput karpet


Setelah ruang hadapan rumah aku telah pasang paving block, sebahagian rumput karpet yang pernah "tak cara" sebelum ini dan bercampur baur dengan rumput biasa telah diminta untuk disimpan oleh pekerja abang aku.

Aku telah membuat keputusan untuk menanamnya secara 'serius' rumput karpet ii disisi rumah aku.



Aku minta tolong anak sulong untuk ratakan tanah. Dia ni culas sikit bab kerja. 'Baik adik puan' dia rajin dalam hal begini. Tengok gaya dia kena paksa... dan dia selalu tak pernah bantah apa aku suruh walaupun tak setuju... Bantah dalam hati sahaja.



Proses tanaman dimulakan. Aku buat besar-besar pasal banyak sangat rumput ini. Kalau beli bayangkan RM5 se, parok juga pitih!



Selepas tanam kena siram pula setiap hari, pagi dan petang. Jangan malas. Pastikan mana-mana rumput lain tumbuh dibuang. Ini aku tugaskan kepada anak kedua aku Nabihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan