# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 2 Februari 2017

Terbabas Jumaat 13 Februari 2015


Jumaat 13 Fenruari 2015, semasa nak ke masjid untuk solat Jumaat anak aku Mursyid berkata "Ayah asyik masjid Sura aje. Tak ada masjid lain?". Aku toleh kepada jam menunjukkan masih awal.

Kenduri Rumah Cikgu Zaleha Ibrahim


Aku pergi kenduri rumah Cikgu Zaleha Ibrahim. Dia kawan baik isteri aku semasa di SMK Sultan Omar. Aku juga ada kerjasama dalam unit Disiplin dan Peperiksaan dengan Cikgu Zalahe semasa di SMK Sultan Omar.

Ziarah Rumah Che Ngoh Tanjung Bunut


Emak saudara aku Nafisah bt Mohd adalah kakak kepada ibu aku Rokiah Hj Mohd. Sampai sekarang masih lagi ada (walaupun ibu aku sudah meninggal dunia beberapa tahu lalu). Dia kakak kepada 6 adik beradiknya. Suaminya lama sudah meninggal dunia dan mempunyai 8 orang nak yang hidup. Rasa 2 orang anaknya meninggal semasa kecil.

Rabu, 14 September 2016

Qurban Tahun 2013


Sambutan kurban tahun 2013 antara yang agak menarik kerana kami berhajat untuk masak daging kurban bakar dengan membawa seorang chief hotel untuk tujuan ini. Tahun ini macam sebelum ini kerbau menjadi pilihan.

Qurban Tahun 2012


Mengerjakan kurban telah menjadi macam satu kemestian bagi keluarga mertua aku. Tahun ini (2012) kami kurban seekor kerbau.

Isnin, 12 September 2016

Qurban Tahun 2016


Tahun ni kurban kerbau RM4200 seekor. Tak besar tapi gemuk dan kuat. Sangat sukar nak tumbangkan kudratnya agak kuat berbanding kurban sebelum ini.

Sabtu, 10 September 2016

Qurban Kerbau Aidil Adha 2011



Menyembelih kurban telah menjadi satu aktiviti kemestian bagi keluarga mentua aku. Aktiviti berkurban walaupun sunat tetapi keluarga mentua aku telah mengamalkannya semenjak aku belum kahwin dengan anaknya lagi. Bila dia meninggal dunia, amalan ini diteruskan oleh anak-anaknya terutama anak sulong.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Minum Petang Di Telemong


Semasa balik kenduri rumah Ustaz Well, aku nak balik mengikuti Marang tapi tersesat bawah LPT2 di Telomong. Nak releks kepala aku berhenti minum dan bersantai hilang tension sebab tension buatkkan aku makin serabut membut sesuatu keputusan. Sambil menyejukkan hati isteri.... he he

Kenduri Kahwin Anak Sepupu di Hulu Sat


Sepupu aku Ustaz Ismail Haji Mamat menjemput untuk perkahwinan anak pertamanya daripada isteri kedua setelah isteri pertama meninggal puluhan tahun lalu. Sangat jauh dan 'ceruk hutan' aku pergi dengan bantuan GPS. Alhamdulillah selamat sampai.

Ahad, 14 Ogos 2016

Melawat Zoo Terengganu di Kemaman



Bersama abang Tolek dan adik Ida ke Zoo Kemaman. 9 April 2010. Gambar diambil oleh anak. Agak banyak yang silap fokus dan blur!!