# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jelawat Bakar


Hari ini sekali lagi aku masak ikan jelawat. Sebelum ini aku panggang mengggunakan mikrowaves, tapi kali ini aku bakar menggunakan aluminium fosil. Rempah ikan bakar, boleh dibuat sendiri kalau pandai. Tak pandai beli sahaja di kedai. Kalau nak resipi rempah ikan bakar sila klik di sini. | Satu | Dua | tiga |


Bakar sahaja atas dapur gas. Kalau boleh guna kuali leper, kalau melengkung macam aku susahlah sedikit.

Untuk mengetahui masak atau tidak, cucuk aje dengan garfu. Kalau lembut tu masaklah.

Paksa anak sulong lelaki aku membantu. Tengok gelagatnya memang gelihati. Buat kerja 'kekok'. Lihat bawang masuk dalam mata.


Suruh siang kangkung pula. Ini kira macam dera juga. Asyik makan aje, kena tahu juga bertapa susah memasak nak bagi dia orang makan.


Dah siap hidangkan untuk berbuka dengan "sambal cambah", daging paprik, sotong goreng berlada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan