# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Jumaat, 19 Disember 2014

Kenduri Kahwin Anak Zakaria


Hari ini kenduri rumah waris isteri aku. Daripada semalam anak aku berkhemah di sini untuk membantu memasak. Tinggal aku shj di rumah.. tidur sehingga solat Jumaat.

Dalam bongsu aku (dalam gambar) sangat teruja dgn kerja begini.

Rabu, 17 Disember 2014

Aktiviti Cuti Sekolah


Anak aku si Haziq. . Sedang mencuba PES 2015. Notebook aku hanya guna Intel grafik 3000 sahaja. Ok juga nampaknya.

Sabtu, 17 Mei 2014

Gunting Rambut Di Kedai Gunting


6 Mac 2013 - Jarang aku bawa anak-anak aku gunting di kedai. Semuanya aku gunting sendiri. Jimat belanja...

Jumaat, 16 Mei 2014

Hari Jadi Ke-48


21 Jan 2014, genap umur 48 tahun.. bangun pagi dapat hadiah daripada isteri dan anak-anak. Aku sebenarnya tak minat sangat sambut hari jadi.. entahlah.

Sabtu, 15 Februari 2014

Tapak rumah sewa aku semasa kecil (1969-71)


Gambar ini aku ambil tahun 2012 berhampiran rumah Farook (Jalan Ustaz Omar Shukri/Jalan Nibong Stesyen). Pecahan simen itu adalah tapak rumah kedai yang aku tinggal sebagai rumah sewa ketika aku berumur 3 tahun (1969) sehingga berumur 5 tahun (1971) sebelum aku pindah ke sini (sila klik)

Di sini aku disebesarkan... masih ingat lagi aku tabur kacang panjang yang sudah busuk tapi menghasil pokok. Aku masih ingat lagi bagaimana aku main "cikru" di atas simen di dapan rumah.