# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek tambah rumah aku dah selesai


Projek menambah baik rumah aku terutama untuk parking kereta, paving block, kolam, bangsal dan gajah menyusur al hamdulillah dah siap. Projek dengan abang sendiri memang banyak menjimatkan duit.


Kolam ikan. Belum lagi letak ikan. Selepas raya nanti projek ini akan dimulakan.


Ini kolam ikan rumah adik aku disebelah rumah aku.



Singki di tepi garaf, ini abang aku lebih-lebih walaupun pada asalnya idea aku. Ikut dia nak buat tandas sekali.


Paving blok mulai-mulai sikit aje, lepas tu tambah-tambah sampai kering duit aku. Kalau ada lagi rasa tambah lagi sampai keliling rumah.


Berbuka dan bersahur di Rumbia Resort Paka


Kebanyakkan program bulan puasa ini orang buat di Masjid. Aku pula berbuka dan bersahur di Rumbia Resort. Branstorming kononnya...

Majlis berbuka puasa di rumah aku


Hari selasa 23 Ogos aku buat majlis berbuka puasa untuk keluaraga adik beradik aku. Hanya seorang sahaja tak ada, Hamzah yang sudah meninggal dunia. Aku ada 6 adik beradik.


Abang aku yang keempat dan yang kedua.


Suami anak saudara aku daripada anak abang sulong aku.


Anak aku dan anak lelaki abang sulong aku.






Anak bongsu abang sulong aku, sekarang Tingkatan 5 di SMKSO.


Nasi biryani masih separuh tak habis walaupun semua dah makan. Nampaknya sahur dan berbuka esoknya makan biryanilah aku....

Puasa lebih daripada 18 jam


Anak aku Mursyid 7 tahun setakat ini berpuasa penuh. Hanya kurang selesa dia ni suka cari hal untuk 'peai'. Semalam aku kejutkan untuk berbuka dia tak bangun. Kita biarkan aje. Balik tarawih aku ke rumah abang aku.

Kira-kira pukul 12.00 tengah malam aku balik, dia masih tidur lagi.



Ini mukanya setelah tidur daripada 6 ptg hingga 12 tgh malam. Ni kira waktu berbuka.

Selasa, 9 Ogos 2011

Sebahagian daripada keluarga


Sebahagian keluarga aku, terdiri daripada abang sulong dengan isteri dan anak, abang yang keempat dengan isteri dan anak, adik dengan suami dan anak. Termasuk juga anak isteri aku serta emak saudara. 

Kolam Ikan


Idea nak buat kolam di rumah aku dah lama. Tapi biasanya tak semua kita boleh buat segera kerana semua ini melibatkan duit. Akhirnya hasrat nak pelihara ikan jenis 'tahan lasak' berjaya juga.

Isnin, 8 Ogos 2011

Kerenah Berbuka Puasa


Bulan puasa, "time berbuka" dengan anak 5 orang berderet macam keratapi memang menyeronokkan tapi kadang kala 'naik darah juga' bila dia orang buat hal. Puasa mengajar kita untuk bersabar dan juga bertindak bijak.

Saya sebelum ini telah menentapkan tempat duduk masing-masing dan tak boleh bertukar. Tujuan tak lain mengurang perbalahan dikemudian hari.

Hari ini, anak aku 7 tahun, Mursyid tertidur sebelum berbuka. Bila dia bangun kerusinya tak ada dan dia mula nak merengek dan masuk semula ke ruang keluarga. Aku cakap kepada isteri aku biarkan sahaja. Kami teruskan berbuka dan dia tertidur semula di sofa.

Selepas kami selesai baru aku kejutkannya.


Semasa dia berbuka dia cakap kepada emaknya. "Niat tak lagi berpuasa", kemudian dia toleh ke dinding melihat jam. "Kenapa masih pukul 7 lebih"... Dia baru sedar rupanya.

Dalam 'mambai' habis ikan kerapu masak tomato yang harga hari ini macam bedil RM28 sekilo. Selepas itu dia datang kepada emaknya. "Ummi sedah ikan kembong, habis doh Mursyid nak makan sahur nanti macam mana?"

Hari ini sekurang-kurangnya aku dah selesai masalah kalau aku biarkannya nanti mungkin ada sedikit suasana tak tenteram yang boleh melibatkan yang lain.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jelawat Bakar


Hari ini sekali lagi aku masak ikan jelawat. Sebelum ini aku panggang mengggunakan mikrowaves, tapi kali ini aku bakar menggunakan aluminium fosil. Rempah ikan bakar, boleh dibuat sendiri kalau pandai. Tak pandai beli sahaja di kedai. Kalau nak resipi rempah ikan bakar sila klik di sini. | Satu | Dua | tiga |


Bakar sahaja atas dapur gas. Kalau boleh guna kuali leper, kalau melengkung macam aku susahlah sedikit.

Untuk mengetahui masak atau tidak, cucuk aje dengan garfu. Kalau lembut tu masaklah.

Paksa anak sulong lelaki aku membantu. Tengok gelagatnya memang gelihati. Buat kerja 'kekok'. Lihat bawang masuk dalam mata.


Suruh siang kangkung pula. Ini kira macam dera juga. Asyik makan aje, kena tahu juga bertapa susah memasak nak bagi dia orang makan.


Dah siap hidangkan untuk berbuka dengan "sambal cambah", daging paprik, sotong goreng berlada.

Khamis, 4 Ogos 2011

Makan tengah hari di Restoran Sri Resepi Bonda


16/7/2011 aku sekeluarga pergi ke Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah DAR kali ke 2/2011 di Madrasah Darul Iman Bukit Payung. Kebetulan 2 orang anak aku mauk pertadingan syarahan. Tengah hari aku cari makan sekitar Bukit Payung walaupun makanan tengah hari disediakan.


Nampak berselera juga anak-anak aku di Restoran Sri Resepi Bonda, Wakaf Kendodong, Bukit Payung.


Secara amnya makanan di sini murah, kami makan 8 orang hanya sekitar RM35 ++ Harga murah, makanan sedap dan layanan mesra, restoran ini telah memenuhi sifat kesempurnaan. Aku Insya-Allah akan ke sini lagi jika di izinkan Allah.