# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek tambah rumah aku dah selesai


Projek menambah baik rumah aku terutama untuk parking kereta, paving block, kolam, bangsal dan gajah menyusur al hamdulillah dah siap. Projek dengan abang sendiri memang banyak menjimatkan duit.


Kolam ikan. Belum lagi letak ikan. Selepas raya nanti projek ini akan dimulakan.


Ini kolam ikan rumah adik aku disebelah rumah aku.



Singki di tepi garaf, ini abang aku lebih-lebih walaupun pada asalnya idea aku. Ikut dia nak buat tandas sekali.


Paving blok mulai-mulai sikit aje, lepas tu tambah-tambah sampai kering duit aku. Kalau ada lagi rasa tambah lagi sampai keliling rumah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan