# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2013

Cat Garaj


Bila anak saudara aku nak kahwin nak guna rumah adik aku sebelah rumah aku. Garaj akan digunakan untuk sambut tetamu. Isteri aku beriya nak cat garaj. Aku pun mulakan projek ini. Gambar di atas hanya lakunan sahaja.

Jumaat, 20 Julai 2012

Pokok Rambutan


Pokok rambutan ni aku tak tahu bila tanam, tapi rasanya tak sampai 5 tahun dah mula berbuah... benih aku beli di Rusila hanya RM5 sepohon. 

Khamis, 14 Jun 2012

Menebas semak samun..


Pemandangan rumah jika dilihat dalam gambar nampak cantik, tapi hakikatnya agak bersempah macam tak ada orang menjaga.

Rabu, 7 Disember 2011

Dua hari kena seksa di' bini!!


Terlalu lama tak update blog ini. Cuti sekolah sepatutnya aku banyak masa tapi masa semuanya habis digunakan untuk kerja lain, walaupun masih mengadap komputer. Malam berjaga siang tidur sampai tengah hari. Walaupun orang tua kata 'kahak rezeki' tapi gaji aku masih jalan...gaji aku sekarang ni 'rapat dinding'.


Sebelum ini aku asyik lihat bini aku menjahit langsir sekolah aje. Datang juga dalam hati aku, dia ni jadi hamba sekolah. Langsir rumah tak pun dijahitnya. Ada yang tercabut dan tak lebih sudah jatuh. Tapi semuanya aku pendam dalam hati aje... rupanya dalam hati aku pun 'macam' dia boleh baca.  



Apa bila dia dah mula menjadi 'hamba rumah' pula. Aku jadi mangsa, 2 hari aku tak boleh berjinak dengan komputer. Aku kena berjinak dengan mesin drill, gergaji kayu dan besi, tukul dan skru driver...

Ini adalah pembantu dan boleh juga dikatakan pengacau
nombor satu semasa aku buat kerja.

Ruang tamu sudah siap.. macam bilik seminar... gelap. Entah bila pula aku kena sambung kerja untuk ruang keluarga serta bilik-bilik yang ada....

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tempat tinggal aku masa kecil


Masa aku berumur 5 atau 6 tahun, iaitu antara tahun 1971 - 1972 aku telah tinggal di sebuah rumah sewa yang aku panggil Mak Cik Su Siti. Aku tinggal di sini sehingga berumur 18 tahun.

Selasa, 27 September 2011

Pelihara ikan air tawar (payau)


Aku dah mula tukar hobi. Pelihara ikan pula. Aku mula dengan 2 ikor ikan jelawat. Satu hilang ('nompak' agaknya) dan sekor lagi 'mapus keras' pasal silap tukar air (Baca di sini). Selepas itu aku bertukar kepada 2 ekor anak keli biasa, 4 ekor ikan puyu, 3 ekor ikan sepat kuning (gold gourami) dan 3 ekor sepat padi (pearl gouromi).

Rabu, 14 September 2011

Kolam renang jadi kolam ikan....


Aku buat kolam di hadapan rumah untuk bagi anak-anak aku seronak mandi. Seperti aku tulis sebelum ini, mereka jadi 'dugung' selepas aje pulang sekolah hingga maghrib. Itu kalau tak ada larangan pasti sampai subuh....

Sekarang mereka dah mula jemu.. kolam itu tidak lagi menjadi suatu yang ber'makna' itu perangai budak-budak mana ada benda yang dia orang main dalam jangka masa yang panjang. Dulu beriya-iya nakkan basikal, hingga habis pitih aku belikan basikal. Basikal dah pancit terbiar.. berkarat.

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek tambah rumah aku dah selesai


Projek menambah baik rumah aku terutama untuk parking kereta, paving block, kolam, bangsal dan gajah menyusur al hamdulillah dah siap. Projek dengan abang sendiri memang banyak menjimatkan duit.


Kolam ikan. Belum lagi letak ikan. Selepas raya nanti projek ini akan dimulakan.


Ini kolam ikan rumah adik aku disebelah rumah aku.



Singki di tepi garaf, ini abang aku lebih-lebih walaupun pada asalnya idea aku. Ikut dia nak buat tandas sekali.


Paving blok mulai-mulai sikit aje, lepas tu tambah-tambah sampai kering duit aku. Kalau ada lagi rasa tambah lagi sampai keliling rumah.


Selasa, 9 Ogos 2011

Kolam Ikan


Idea nak buat kolam di rumah aku dah lama. Tapi biasanya tak semua kita boleh buat segera kerana semua ini melibatkan duit. Akhirnya hasrat nak pelihara ikan jenis 'tahan lasak' berjaya juga.

Khamis, 14 Julai 2011

Tanam rumput karpet


Setelah ruang hadapan rumah aku telah pasang paving block, sebahagian rumput karpet yang pernah "tak cara" sebelum ini dan bercampur baur dengan rumput biasa telah diminta untuk disimpan oleh pekerja abang aku.

Aku telah membuat keputusan untuk menanamnya secara 'serius' rumput karpet ii disisi rumah aku.



Aku minta tolong anak sulong untuk ratakan tanah. Dia ni culas sikit bab kerja. 'Baik adik puan' dia rajin dalam hal begini. Tengok gaya dia kena paksa... dan dia selalu tak pernah bantah apa aku suruh walaupun tak setuju... Bantah dalam hati sahaja.



Proses tanaman dimulakan. Aku buat besar-besar pasal banyak sangat rumput ini. Kalau beli bayangkan RM5 se, parok juga pitih!



Selepas tanam kena siram pula setiap hari, pagi dan petang. Jangan malas. Pastikan mana-mana rumput lain tumbuh dibuang. Ini aku tugaskan kepada anak kedua aku Nabihah.

Isnin, 4 Julai 2011

Pasang Paving Block II


Hari ini aku diperli oleh abang aku pasal design 'paving block'.  Oleh itu aku dalam keadaan berpakaian kerja turun membuat sendiri. Entah macam seronok sahaja hari ini, apatah lagi anak-anak aku turun sama.

Anak perempuan aku, Nabihah Syafiqah yang ada sikap macam lelaki sikit apatah lagi turut nak mencuba mesin perata tanah.


Anak perempuan bongsu, Nabila Atiqah pun tak ketinggalan turut membantu.


Abangnya Haziq Izanudin juga tak ketinggalan dalam agenda ini.


Anak saudara aku, Apiq pun turut serta dengan anak sulong aku Muizzuddin.


Anak aku Mursyid (baju kuning bersih..) tak turut hari ini pasal semalam dia bekerja daripada pagi.

Hari ini semua nampak happy. Aku sahaja sakit pinggang pasal dah lama tak bekerja.

Ahad, 3 Julai 2011

Pasang Paving Block



Aku buat keputusan nak pasang paving block. Buat permulaan order dulu 2000 biji.



Abang aku yang pasangkan. Katanya tanah mesti di mampatkan dengan mesin. Selepas itu tabur dan rata dengan pasir garam (pantai) selepas itu pasang paving blok dan mampatkan sekali lagi dengan mesin mampatan.

Khamis, 23 Jun 2011

Hari ini pecah beranda untuk buat tangga


Rumh aku macam tak siap-siap semenjak 2003. Hari ini abang aku pecahkan beranda untuk buat tangga memudahkan untuk naik terus daripada tempat letak kereta.


Ada sedikit persilihan pandangan samada nak buang 5 atau 7 tiang bangi keluasan tangga. Akhir sepakat buang aje 5.


Tangga hampir siap, telah dirasmikan oleh tapak kaki kucing. Celaka punya kucing!

Jumaat, 17 Jun 2011

Bersih kolam ikan

Hari ini isteri dan anak-anak aku membersihkan kolam ikan. Anak aku yang rajin nak bersih bukan apa nak ambil peluang nak mandi dalam kolam ikan itu.

Projek kolam ini belum lagi mula kerana tempat letak kereta masih lagi belum siap. Faham-faham sahaja abang aku yang buat... macam rumah tukanglah. Baru pasang dua tiga benda, pergi tempat lain siapkan tempat lain dahulu.

Rabu, 16 Disember 2009

Garaj kereta


Gambar ini aku ambil pada 24 Januari 2011. Aku nak buat porch kereta. Bincang-bincang akhir jadi besar atas nasihat abang aku memang kalau nak buat dia selalu yang terbaik, yang terbesar, yang berkualiti...

Sambung rumah di bahagian belakang


Pada 5 November 2004, aku telah sambung di bahagian belakang rumah aku. Tujuan asal hanya nak buat barenda untuk menjemur dan bersantai tapi akhirnya jadi bilik kerana pada masa itu keluarga aku buat keputusan nak menggunakan orang gaji daripada Indonasia.


Sekarang aku rasa macam tak pratikal bilik itu setelah bibik pulang ke kampung setelah bekerja hampir 5 tahun.

Perkembangan pembinaan rumah


Kami pada masa itu menggunakan kereta Proton Iswara Aeroback berwarna putih. Selalu juga menjongok daripada rumah sewa di Balai Besar.


Gamabr ini diambil pada 27 Oktober 2002. Anak sulong aku (lelaki Muhammad Muizzuddin) dan anak perempuan (Nabihah Syafiqah) masih kecil lagi.


Pandangan daripada sebelah kanan, semasa ini adik aku belum lagi membina rumahnya.


Pandangan daripada hadapan, masih lagi semak samun. Semua gambar ini diambil pada 27 Oktober 2002

Gambar di bawah ini adalah diambil 13 Januari 2003.


Dapur + ruang keluarga


Ruang kelaurga + ruang tamu


Sisi hadapan


Hadapan


Ruang tamu


Ruang keluarga + dapur

Pembinaan rumah di Lot 7640

Gambar ini diambil pada hari Ahad, 1 Sept 2002. Rumah dibina oleh abang aku dengan lukisan pelan oleh isteri aku.

Keluasan tanah sekitar 818 meter persegi.