# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 2 Februari 2017

Terbabas Jumaat 13 Februari 2015


Jumaat 13 Fenruari 2015, semasa nak ke masjid untuk solat Jumaat anak aku Mursyid berkata "Ayah asyik masjid Sura aje. Tak ada masjid lain?". Aku toleh kepada jam menunjukkan masih awal.

Okey kita ke masjid Pulau Serai. Jadi untuk ke Pulau Serai aku kena cepat sikit sebab hampir 8 km berbanding masjid Sura tak sampai 2km.




Sampai di selekoh selepas jambatan Dungun, kereta aku terbabas semasa mengambil selekoh dan aku tak boleh kawal steering kereta terus kereta berpusing 2 kali dan masuk gaung dan berpusing lagi.
 

Kami berbaju Melayu dan kain pelikat, anak aku 2 orang, Mursyid berjubah dan serban, Haziq rasa berpakaian baju Malayu/berjubah.


Kereta terlingkup sisi pintu. Aku tercampak ke belakang dan menindih anak aku si Haziq. Mursyid yang duduk sebelah pemandu bangun cuba tolak pintu ke atas, tak boleh kerana berat. Aku pesan jangan pijak cermin pintu yang menjadi lantai.


Kami berusaha akhirnya JPAM datang tolong kami dan bawa ke Hospital. Semuanya tak ada cedera hanya Mursyid kepalanya terhantuk ke cermin pandang belakang menyebabkan cermin itu tercabut dan cermin hadapan kereta retak. Haziq kalau sakit pun kena tindih oleh aku.

Kemalangan ini berlaku sebelum sempat solat Jumaat.











Kereta di bawa ke Atomobil Workshop. Kereta dibeli pada 28 Februari 2012. Seminggu sebelum itu aku baru tukar 4 tayar di Kuala Lumpur dan 2 hari sebelum kemalangan aku baru servis kereta. Entah tak tahu kenapa. Aku lebih pendapat Allah suruh aku berfikir dan bawa kereta berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan