Jumaat biasa aku tidur aje. Tapi anak-anak aku, terutama isteri aku suka buat kerja. Anak-anak biasa akan buat projek. Projek terbaru bagi tahun 2012 (Ini cerita Januari 2012) ialah pelihara arnab, setelah emak saudaranya di Merchang bagi 3 ekor arnab.
# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Jumaat, 7 Disember 2012
Sabtu, 21 Julai 2012
Mesra Mall, Kemaman
Biasanya bila ada mana-mana pasaraya baru buka mesti dijajahi... Mesra Mall Kemaman, itu satu projek MB Terengganu. Aku tak ketinggalan bawa anak-anak ke sana.
Gerai makan Kg Tanjung Pagar
30 Jun 2012 lalu aku bawa keluarga makan di gerai tepi sungai Dungun, Kg Tanjung Pagar. Tak ada yang manarik sekadar nak lihat tutung, ikan sumbir dan todak ada juga masuk pasal air sungai ini masim.
Jumaat, 20 Julai 2012
Pokok Rambutan
Pokok rambutan ni aku tak tahu bila tanam, tapi rasanya tak sampai 5 tahun dah mula berbuah... benih aku beli di Rusila hanya RM5 sepohon.
Khamis, 19 Julai 2012
Ziarah sahabat UTM Skudai Zahimi Mohamad
Tahun 2010 aku ke Johor Bahru menziarahi sahabat lama aku semasa di UTM Skudai, Zahimi Mohamad. Lebih 20 tahun tak jumpa dia. Seorang yang begitu komited dengan perjuangan Islam, tapi dia menghadapi masalah bila kena strok. Sekarang ini dia mengajar al Quran untuk anak-anak sebagai alternatif selepas mengalami masalah kesihatan.
Shopping di Sogo, KL
Bila ke KL satu distinasi isteri aku ialah SOGO selain daripada KAMDAR. Kami membahagikan tugas masing-masing. Isteri dengan pakaian raya anak-anak. Anak-anak pula dengan mainan baru. Aku kena awasi mereka. Tapi aku membahagikan masa dengan notebook.... Itu rasa nak cari Ultrabook satu.. HP Felio 13 bateri tahan 9½ jam weiii Core i5 RM3K i7 nampaknya puasa 3 bulan lagi aku....
Berehat di Surau Gong Kapas Kuala Terengganu
Jika ke Kuala Terengganu, salah satu tempat aku suka berehat dan solat ialah di Surau Kg. Gong Kapas. Selesa sunyi dan tenang.
Pantai tepi Masjid Terapung, Kuala Terengganu
Jumaat 14 Mei 2010 dalam perjalanan ke Kelantan, saya sekeluarga berhenti sebentar di Belakang Masjid Terapung, Kuala Terengganu untuk menjamu makan tengah hari.
Jumaat, 22 Jun 2012
Di Tanjung, Dungun 2009
Pada 4 Jun 2009 bawa anak-anak mandi di Pantai Tajung, Seberang Pintasan Dungun. Bibik masa ada sekali. Seronok juga budak-budak pasal air...
Di Sungai Merchang 2008
Khamis 24/4/2008 bawa anak-anak ke Sungai Merchang untuk berseronok. Walaupun air tak sesuai, berlumpur tadi budak-budak tak ambil kira pasal itu semua.
Di Pantai Teluk Lipat 2008
Pada Jumaat 25/4/2008 bawa anak-anak ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Atiqah masa tu kecil lagi, jadi tak ada dalam koleksi.
Selasa, 19 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Anugerah Hari Guru 2012
Tahun ini atas usaha beberapa orang sahabat aku bersalam dengan Menteri Besar Terengganu untuk menerima hadiah sebagai guru inovasi e-book 2012.
Menebas semak samun..
Pemandangan rumah jika dilihat dalam gambar nampak cantik, tapi hakikatnya agak bersempah macam tak ada orang menjaga.
Langgan:
Catatan (Atom)