# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Minum Petang Di Telemong


Semasa balik kenduri rumah Ustaz Well, aku nak balik mengikuti Marang tapi tersesat bawah LPT2 di Telomong. Nak releks kepala aku berhenti minum dan bersantai hilang tension sebab tension buatkkan aku makin serabut membut sesuatu keputusan. Sambil menyejukkan hati isteri.... he he

Kenduri Kahwin Anak Sepupu di Hulu Sat


Sepupu aku Ustaz Ismail Haji Mamat menjemput untuk perkahwinan anak pertamanya daripada isteri kedua setelah isteri pertama meninggal puluhan tahun lalu. Sangat jauh dan 'ceruk hutan' aku pergi dengan bantuan GPS. Alhamdulillah selamat sampai.

Ahad, 14 Ogos 2016

Melawat Zoo Terengganu di Kemaman



Bersama abang Tolek dan adik Ida ke Zoo Kemaman. 9 April 2010. Gambar diambil oleh anak. Agak banyak yang silap fokus dan blur!!


Anak-anak bermain-main di Pantai Teluk Lipat


25 April 2008 membawa anak-anak ke Pantai Teluk Lipat, Dungun untuk mereka bermain-main dengan ombak.


Perjalanan Pulang Daripada Johor Ke Dungun



Perjalanan pulang daripada Johor Bahru ke Dungun melalui jalan mersing dan singgah makan dan solat 19 Disember 2010.


Lepak di BTP Marang


Semasa ni bertugas sebagai JU Kursus di BTP Marang, Marang Terengganu. Keluarga datang sekali hari akhir kursus. 21 September 2011


Lepak Di MildTown Hotel Kuala Terengganu


Seperti biasa sebagai JU kursus aku akan bawa keluarga sekali kerana mereka terpaksa menghantar aku ke tempat kursus kerana semasa itu hanya ada satu kenderaan sahaja. Sebelum pulang sempat lepak dengan keluarga. 22 Oktober 2011


Lepak di Permai Park Inn


Aku selalu jadi JU Literasi ICT.  Kadang kala aku terpaksa bawa keluarga sekali ini bersama kerana masa tu kenderaan hanya ada satu aje. 24 Oktober 2011 kebetulan kursus di Permai Park Inn Kuala Terengganu.

Khamis, 11 Ogos 2016

Perjumpaan Hari Raya 2016 Bersamaan Keluarga Kelas 2 Bukhairi SMASID


Ibubapa pelajar Tingkatan 2 Bukhairi telah bersetuju menjadikan rumah aku tempat perjumpaan. Masing-masing bawa makanan dan sebahagian besar disediakan oleh keluarga aku sebagai tuan rumah.

Beraya Di Rumah Abang


10 Julai 2016 aku beraya di rumah abang yang ke-4. Agak lewat kerana kami agak sibuk. Hanya makan tengahari dengan masak siakap 2 rasa...

Sambutan Hari Raya 2016


Tahun ini aku sambut hari raya di Dungun dengan warna baju pink. Sambutan macam biasa tetapi meriah kerana terlalu ramai yang datang ke rumah. Duit raya pun banyak juga habis...