Jumaat biasa aku tidur aje. Tapi anak-anak aku, terutama isteri aku suka buat kerja. Anak-anak biasa akan buat projek. Projek terbaru bagi tahun 2012 (Ini cerita Januari 2012) ialah pelihara arnab, setelah emak saudaranya di Merchang bagi 3 ekor arnab.
# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.
Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Binatang. Papar semua catatan
Jumaat, 7 Disember 2012
Sabtu, 3 September 2011
Buat Satey
Setalah beberapa kali di suruh isteri aku mula ke dapur untuk tolong siapkan apa-apa untuk raye tahun ini. Itu pun muka isteri aku dan berubah, sebelum dia jadi 'hulk' lebih baik aku buat-buat rajin. Langkah 1 'siang' ayam itu telah dibuat oleh isteri aku. Langkah 2 buang tulang ambil isi dan potong kecil-kecil untuk di cucuk pada lidi.
Langkah 3 Gaul dengan rempah yang disiapkan oleh isteri. Campur sekali dengan gula. Anak aku tuang 1 kilo gula... pasti manis
Gaul sebati. Jangan 'penyet' nanti 'nyeng' ayam tu!! Gaul dengan cermat. Lihat aje tukang gaul, kerangka tu yang uat selera satey bertambah... ha ha
Langkah 4 Sediakan bara. Nak hidupkan arang jadi bara ni yang susah. Ini aku tak rakam pasal muka aku ber'arang'. Nak ringkas aku guting tiub basikal buruk anak aku... gunakan kipas di belakang untuk pastikan angin bertiup... - pakai otak baru mudah.
Langkah 5 Bakar satey. Pastikan kesihatan dijaga. Gunakan topeng mulut dan hidung... aku rasa aku aje ada gaya ini.
Bila satey dan ok, bakinya serah kenapa anak-anak. Ini bahagian rasa dan buat 'munah'... Tukang rasa pun ada sekali.
Ini pun masuk kategori tukang rasa nak tumpang sekaki ni.... Biasanya apa-apa eksperimen setelah diuji kepada binatang akan diuji pada manusia... lihat di bawah.
Langkah 6 langkah akhir sekali hidang kepada bekas anak murid, jika ada apa-apa berlaku dia orang tanggung. dia orang ni mana ada anak bini. Kalau mati pun tak apa. Dosa pun tak banyak lagi..
Semua proses membuat satey sebenarnya "didalangi" oleh isteri aku.... kira dibelakang tabir
Jumaat, 17 Jun 2011
Anak kucing aku ambil di sekolah
Anak kucing ini akau jumpa di sekolah, mungkin dibuang oleh seseorang. Kesiankan dia ini aku bawa balik ke rumah.
Paling lucu, misal kucing ini dibakar. Mungkin tukang bakar berpendapat mengikut orang tua-tua kalau buang kucing kena kerat misal supaya tak boleh balik, tak kenal jalan. Aku ada buat joke, kucing ini dihilang GPSnya!!
Tak sampai dua hari kucing ini telah hilang. Mungkin dia telah manja.
Paling lucu, misal kucing ini dibakar. Mungkin tukang bakar berpendapat mengikut orang tua-tua kalau buang kucing kena kerat misal supaya tak boleh balik, tak kenal jalan. Aku ada buat joke, kucing ini dihilang GPSnya!!
Tak sampai dua hari kucing ini telah hilang. Mungkin dia telah manja.
Langgan:
Catatan (Atom)