# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Khamis, 23 Jun 2011

Mursyid ada bakat seni


Mursyid anak aku berusia 7 tahun suka melukis. Kalau dia buat kerja, dia agak teliti dan kerjanya juga kemas. Kreativitinya juga ada.

Ini hasil kerja tampal menampal yang dilakukan. Aku boleh bagi A. 

Hari ini pecah beranda untuk buat tangga


Rumh aku macam tak siap-siap semenjak 2003. Hari ini abang aku pecahkan beranda untuk buat tangga memudahkan untuk naik terus daripada tempat letak kereta.


Ada sedikit persilihan pandangan samada nak buang 5 atau 7 tiang bangi keluasan tangga. Akhir sepakat buang aje 5.


Tangga hampir siap, telah dirasmikan oleh tapak kaki kucing. Celaka punya kucing!

Ahad, 19 Jun 2011

Beli Sate Ikan

Anak perempuan aku sedang beli sate ikan. Dia ni kalau suruh beli makanan mesti senyum sampai ke lutut!!

Bertindik


Anak aku bertindik lagi bukan tambang lubang tapi baiki dulu masa bertindik rasa dia ni "nanor sikirt" lubang yang di tebuk tak betul-btul center.


Majlis kahwin anak dua pupu aku


Bashir yang berbaju putih berkaca mata dua pupu aku sebelah ayah. Rasa kami tak pernah berjumpa waktu tua ini. Dia sekarang tinggal di Kuantan hadir untuk perkahwinan anak saudaranya.


Semua adik beradik aku hadir dalam majlis ini. Hujung sekali abang aku no 2 Abdul Rahman dan yang tengah abang aku paling tua Yusof. Paling hampir menantu Yusof.

Jumaat, 17 Jun 2011

Panggang Jelawat


Bila beli ikan jelawat. Isteri aku nampak macam tak selesa. Dia tak makan ikan sungai. Aku kena masak sendiri. Tahulah ikan jelawat sisipnya ya Allah, dengan hanyir.. aku terpaksa ke halaman rumah untuk sian ikan ini.


Aku panggang aje dengan microwave.. kan mudah. Cicah dengan air asam. Kenakan dengan kari.. ohhh begitu berselera.

Tapi ikan jelawat pelihara ini kurang sedap dan hanyir, banding ikan jelawat di Kapit, Sarawak. Memang best!!

Candid anak aku ketika khutbah Jumaat

Aku dah macam tabiat datang ke Masjid selepas malaikat tutup buku, tak ada pahala jumaatlah.. Anak-anak terikut sama, kadang kala dia orang lagi lalai asyik kena marah untuk mandi.

Bila datang lewat ke Masjid Sura, biasanya susah nak dapatkan tempat. Kami terpaksa berada di tepi pintu, sebelah tangga. Keadaan di situ memang tak selesa dengan panasnya kalau waktu panas dan berhujan di waktu cuaca buruk. Lantainya yang kadang kala kotor dengan debu dan sampah halus.

Hari ini aku ambil gambar gaya anak aku ketika mendengar khutbah. Entah apa yang difikirkan dalam kepalanya. Aku rasa sepatah haram pun apa yang diucap oleh khatib walaupun berapi-api tak didengarinya.

Dah nak tidur... batal tak air sembahyang??

Muhammad Muizzuddin ketika 5 tahun

Muhammad Muizzuddin ketika umur 5 tahun. Masa ini aku dah ada 3 orang anak. Aku bawa keluarga ke pantai mengenangkan masa kami mula dating selepas kahwin di pantai.

Ini yang lucu orang couple sebelum kahwin aku couple selepas kahwin... Tapi bukan di Teluk Lipat..di Pantai Kelulut, Marang..

Berehat di Surau Gong Kapas

Selepas penat ber'shopping' di Mydin, aku sekeluarga berehat di Surau Gong Kapas. Sambil menunaikan solat Asar kami berehat di situ sambil makan ayam panggang Black Paper Mydin.

Beli Ais Cendol

Bila naik kereta pergi mana-mana termasuk balik daripada sekolah anak aku yang perempuan Nabihah Syafiqah selalu minta beli apa-apa yang dia terlintas.

Nasib baik terlintas penjual ais cendol. Kira jimat duit sedikit. Hari itu di MyDin Kuala Terengganu nampak jam yang cantik minta belikan jam. Sampai hari ini jam warna pink dengan cahaya warna  pink itu masih lagi dalam ingatannya. Dia akan 'ratib' minta aku belikannya.

Penjual Cendol ini peramah dan membuatkan aku terlintas satu projek bernamakan sempena penjual cendol.

Kawan dari Perak datang ke rumah

Kawan aku semasa aku di Kapit, Sarawak dulu datang ke rumah 7 Jun 2011 lalu. Dzulkifly sekarang ini tinggal di Perak.

Shooping di Kamdar


Bila ke Kuala Terengganu, ada sahaja isteri aku ambil peluang untuk shooping. Kami di Kamdar. Yang selalu di bawa sekali ialah anak perepuan aku paling tua Nabihah Syafiqah 11 tahun.

Ini rasanya pilih kain langsir dan baju Melayu untuk raya.

Bergaya masa makan...

Ini gambar aku ambil semasa kami pergi kenduri rumah saudara isteri aku di Rusila. Anak aku Muhammad Mursyid, 7 tahun dengan gaya tersendiri.

Dia kadang kala lucu dan antara yang sukar nak dengar kata-kata aku. Kena 'bedal' baru dia dengar.. dan paling berani bercakap walaupun ketika aku sedang marah.

Kadang kala percakapannya cukup menyusuk jiwa, walaupun dia tanya serius tapi selalu macam perli aku. 

Main "games"


Jarang aku bagi anak aku 'main games' (kalau sila baca permainan utama...) tapi oleh kerana dua orang anak aku dah pergi perkhemahan, tinggal 3 orang sahaja. Aku rasa sunyi sedikit rumah.

Jadi bagilah dia orang bergalak.. Dua notebook kesayangan aku aku bagi dia orang "redah". Apa seronakknya berhenti solat aje..  

Anak kucing aku ambil di sekolah

Anak kucing ini akau jumpa di sekolah, mungkin dibuang oleh seseorang. Kesiankan dia ini aku bawa balik ke rumah.

Paling lucu, misal kucing ini dibakar. Mungkin tukang bakar berpendapat mengikut orang tua-tua kalau buang kucing kena kerat misal supaya tak boleh balik, tak kenal jalan. Aku ada buat joke, kucing ini dihilang GPSnya!!

Tak sampai dua hari kucing ini telah hilang. Mungkin dia telah manja.

Bersih kolam ikan

Hari ini isteri dan anak-anak aku membersihkan kolam ikan. Anak aku yang rajin nak bersih bukan apa nak ambil peluang nak mandi dalam kolam ikan itu.

Projek kolam ini belum lagi mula kerana tempat letak kereta masih lagi belum siap. Faham-faham sahaja abang aku yang buat... macam rumah tukanglah. Baru pasang dua tiga benda, pergi tempat lain siapkan tempat lain dahulu.

Selasa, 14 Jun 2011

Bangun pagi terus tanya roti


Bangun pagi terus tanya roti, mandipun tak sempat. Tapi hari ini istri aku rajin, sempat juga dia buatkan mee goring walaupun sibuk dengan kereneh 5 orang anak. Seorangnya lambat bangun, seorangnya nak emaknya mandikan dan seorang tu tak boleh 'terselih" ada aje nak buat hal.

Aklu sibuk juga tapi sibuk dengan PC dan notebook!!

Tunggu nak makan roti sehingga tertidur..

Hari ini aku tak ada program secara khusus, jadi aku ambil kesempatan nak melihat blog-blog yang aku buat. Terkejut, rupanya ada 18 blog telah aku buat. Hampir kesemuanya aktif.

Blog ini Lot7640 adalah blog yang aku guna untuk dijadikan contoh untuk aku bagi khusus kepada mana-mana kumpulan individu. Aku juga ada buat satu modul dan blog ini adalah contohnya.

Semalam terlintas untuk menghidupkan balik blog ini kerana aku buat blog ini pun untuk menceritakan isi rumah Lot7640.. Aku mulai hari ini sebagai starting.. dan ini akan dijadikan dairi elektronik. Aku tak akan tukar templatenya pasal templete ini sudah dimasuhkan oleh pihak blogger.com. Walaupun tak cantik biarkanlah sebagai kenangan dan dia ada 'velue' sebagai template antik.



Anak aku yang keempat Muhammad Mursyid, 7 tahun telah merenggek nak makan roti. Dia ini kurang makan nasi. Aku buat tak layan aje..

Pasal banyak 'dok cara ke blog ni'. Aku kata akan pergi. Bila aku pergi beli dan balik dia dah tertidur. 'Nyaknya' tidur dalam keadaan 'berlepeng'..