# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Selasa, 14 Jun 2011

Tunggu nak makan roti sehingga tertidur..

Hari ini aku tak ada program secara khusus, jadi aku ambil kesempatan nak melihat blog-blog yang aku buat. Terkejut, rupanya ada 18 blog telah aku buat. Hampir kesemuanya aktif.

Blog ini Lot7640 adalah blog yang aku guna untuk dijadikan contoh untuk aku bagi khusus kepada mana-mana kumpulan individu. Aku juga ada buat satu modul dan blog ini adalah contohnya.

Semalam terlintas untuk menghidupkan balik blog ini kerana aku buat blog ini pun untuk menceritakan isi rumah Lot7640.. Aku mulai hari ini sebagai starting.. dan ini akan dijadikan dairi elektronik. Aku tak akan tukar templatenya pasal templete ini sudah dimasuhkan oleh pihak blogger.com. Walaupun tak cantik biarkanlah sebagai kenangan dan dia ada 'velue' sebagai template antik.



Anak aku yang keempat Muhammad Mursyid, 7 tahun telah merenggek nak makan roti. Dia ini kurang makan nasi. Aku buat tak layan aje..

Pasal banyak 'dok cara ke blog ni'. Aku kata akan pergi. Bila aku pergi beli dan balik dia dah tertidur. 'Nyaknya' tidur dalam keadaan 'berlepeng'..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan