# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Selasa, 6 September 2011

Masak Sup Mamak @ Sup Rempah

Pagi tadi datang ke sekolah lihat Wafi bawa anak. Aku bergurau dengan anaknya "ayah masak atau beli nasi bungkus di kedai?". Anaknya jawab "ayah masak..."  Aku terus rasa terharu... sedih tapi masih aku gelak!!

Ada bercakap dengan Wafi pasal sup mamak @ sup rempah. Memang sup itu sukar nak di cari. Di Terengganu aku tak jumpai lagi warung yang menjualnya. Dulu di Kuantan ada satu warung hampir dengan kedai My'10 tapi dia buat sup ayam sahaja. Supnya menyerupai rasa sup yang arwah aku buat. Sekarang dah tak ada.

Di KL banyak... zaman aku belajar dulu aku selalu makan di sebelah Kompleks Kota Raya. Sekarang aku makan di Medan Idaman, Gombak atau di Sebelah Masjid Pakistan di Chou Kit.

Hotel Primula dan Grand Continental, sup rempahnya menyerupai sup mamak. Hotel lain buat x ajelah,,

Aku tak ingat bagaimana ayah aku buat sup ini, hanya aku tahu semua rempah ayah aku giling dengan batu giling...  Entah bila aku besar, 'kromoson' ayah aku membuatkan aku boleh mewarisinya (ini fantasi film). Jadi aku nak perturunkan di sini sebab bila aku search Mr Google banyak sangat versi untuk membuat sup ini.... dan yang aku punya lain daripada yang lain pasal tak perlukan batu giling!!!


Langkah 1 - Pastikan ayam dipotong kecil-kecil, pisau mesti bersebelahan dengan pengasah. Sebab kalau masak aku tak suka pisau tumpul. Satu lagi aku tak suka singki ada mangkuk pinggan yang tak dibasuh (hari ini dimaafkan pasal isteri tak sihat...) * Kalau ada kambing memang terbaekk!!


Selepas basuh, toskan daging itu supaya airnya benar-benar kering, sebab air masih basahan itu boleh mempengaruhi rasa sup nanti.

Klik gambar untuk besarkan

Langkah 2 - Siapkan bawang putih, bawang merah, halia, kentang, bunga rawang, cengkih, buah pala, peraga dan kayu manis. Lain-lain rempah dah ada dalam perencah sup adabi 2 bungkus dan tambahan 1 bungkus sup bunjut. Bawang guna banyak, orang Melayu macam bangsa Iban masak kedekut bawang tak berani nak letak banyak... 

Bini aku tak lulus kentang di atas, di kata aku potong tak cuci....
Masih ada lagi hitam-hitam. Sekarang baru dapat CF... he he

Tadi aku dah cakap tak payah pakai batu giling pasal, adabi telah selesaikan sebahagian rempah seperti ketumbar, jintan putih, jintan manis dll dalam rempah supnya.


Langkah 3 - Panaskan minyak, kalau ada minyak sapi lagi bagus. Tumiskan bawang putih. Ini satu lagi petua, jangan malas campurkan sekali semua jenis bawang.


Sebaik-baiknya tumiskan bawang putih sehingga keluar bau, baru masukkan bawang merah dan bawang mula keluar bau masukkan halia dan tunggu sehingga bawang nak hangus tepi, masukkan air sebanyak mana perlu.



Tunggu sehingga mula gelagak.. masukkan perencah sup adabi. Pastikan jangan masuk terus kedalam nanti akan ada butiran, macam susu tepung masuk dalam air sejuk!! Oleh itu sebaiknya masuk perencah sup dalam piring tuangkan sedikit air panas. Kalau tak ada air panas ceduklah air dalam periuk ayam tu!!

Aku malas ambil gambar, jadi selepas dia dah keluar bau rempah sup masukkan kentang, bubuh garang sekup rasa. Maknanya kalau sup ini nak rantah macam tu, pastikan jangan masim.... tapi kalau nak makan dengan nasi bubuh garam lebih sikit. Jangan tertumpah garam dahlah... Tapi tak apa kentang boleh serap garam jika ter'masim'.

Last sekali masukkan daun sup..

Terlupa masukkan daun sup..
Hasilnya..... 

Lihat anak bungsu aku, termuncung mulut kerana sup tu masih panas lagi...

Untuk yang nakkan resepi ini versi lain, misalnya ada yang masukkan tepung dhar untuk pekatkkannya atau campurkan sedikit dengan rempah kurma boleh ikuti di bawah.  Aku perturunkan resepi ini untuk tatapan semua. Tapi aku suka buat simple macam di atas, tak banyak kerja.. Selamat mencuba...

SUP AYAM ALA MAMAK

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 batang serai [ketukkan]
sedikit garam
sedikit bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara menyediakan
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.

SATU LAGI VERSI LAIN
800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya guna 500 g ekor lembu + 300 g daging lembu )
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..

1 ulasan:

  1. minta bersihkan sinki setiap kali lepas memasak atau makan

    BalasPadam