# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Isnin, 4 Julai 2011

Pasang Paving Block II


Hari ini aku diperli oleh abang aku pasal design 'paving block'.  Oleh itu aku dalam keadaan berpakaian kerja turun membuat sendiri. Entah macam seronok sahaja hari ini, apatah lagi anak-anak aku turun sama.

Anak perempuan aku, Nabihah Syafiqah yang ada sikap macam lelaki sikit apatah lagi turut nak mencuba mesin perata tanah.


Anak perempuan bongsu, Nabila Atiqah pun tak ketinggalan turut membantu.


Abangnya Haziq Izanudin juga tak ketinggalan dalam agenda ini.


Anak saudara aku, Apiq pun turut serta dengan anak sulong aku Muizzuddin.


Anak aku Mursyid (baju kuning bersih..) tak turut hari ini pasal semalam dia bekerja daripada pagi.

Hari ini semua nampak happy. Aku sahaja sakit pinggang pasal dah lama tak bekerja.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik. Terima kasih atas perkongsian encik ttg paving blok. Saya nak tahu anggaran kos utk buat paving block pada laman rumah seperti encik. Boleh wassap saya 0137655570

    BalasPadam