# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Ahad, 3 Julai 2011

Boring semasa perhimpunan



Setiap Ahad sekolah ada perhimpunan. Kebetulan Sabtu itu aku balik daripada Kuantan dan sampai di rumah 4.15 pagi. Oleh kerana kurang tidur aku terpaksa bergerak. Di perhimpunan mana boleh bergerak. Jadi aku 'mangsa'kan kamera aku untuk ambil apa-apa yang terlintas sekurang-kurangnya aku ada ativiti dan boleh mengurangkan rasa mengantuk.

Jam CASIO maydin.. cantik juga. Ini dipanggil fotogenik.. orang kampung kata 'makan gambar'. Susun atur, cara kedudukan dan cara gambar diambil mempengaruhi hasil sesuatu gambar. Gambar tak menipu tapi gambar boleh dimanipulasikan.



Ini gambar kasut aku.

Rupanya gambar yang diambil tanpa tujuan boleh dijadikan artikel dan ramai pula yang membaca... kah kah kah. Kesimpulannya tak ada perkara yang tak boleh dimanafaatkan. Tahi musang pun boleh dijadikan kopi dengan harga tinggi jika tahi itu ada biji kopi.

Zaman dahulu orang buang air besar dalam semak. Sebab itu dalam semak ada pokok lada, tembikar dll.

Ulama Indonasia menghalalkan kopi tahi musang dengan alasan jika biji kopi itu ditanam boleh tumbuh dinisbahkan seolah-olah biji itu hanya kena tahi sahaja.

Aku tak berani nak pertingkai Ulama Indonasia pasal umat Islam terbesar di sana. Hanya aku terfikir biji tembikar yang keluar daripada punggung manusia jika dibuat kuaci pasti harganya mahal!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan