# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Ahad, 3 Julai 2011

Sijil Akuan Nikah


Nikah adalah ketentuan Allah, tapi sebab dan akibat adalah kita dan persekitaran kita. Aku nikah dengan rakan sekerja (cikgu sekolah aku). Suatu hari cikgu Noriah Mohd datang jumpa aku, dia kata dia nak bagi hadiah istimewa. Aku pada mulanya tak ambil cakna pun sebab aku selalu dapat hadiah daripada cikgu-cikgu sekolah aku pasal aku suka tolong mereka... kiranya aku ni baik juga.


Baju, seluar, tie, dll tu biasalah. Tapi tak ku sangka rupanya nak bagi "bini". Aku masa tu ada kes dengan budak sekolah.. aku jawab aku kena selesai kes ini dulu. Suami Noriah juga memainkan peranan. Dia ini rupa perancang utama. Aku tak nak cerita 'detail' pasal Radzi suami Noriah banyak sangat 'top secret'. Ini yang didedah kira 5% sahaja.

10 September 1998 aku kahwin setelah bertunang 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tak ada seorang pun sedar aku bertunang dengan rakan sekerja melainkan Pn Hajjah Salmah (pengetua sekarang), Kak Mal (sekarang PAR di IZ), Ustazah Zuwariah (isteri Pengetua Ariffin) dan cikgu Noriah sendiri.

Paling pelik sepanjang aku bersama dengan si'dia' di SMKSO 4 tahun, entah berapa kali sahaja aku bercakap dengannya. Tapi masa bertunang, hampir setiap malam aku telefon... itu pun guna telefon awam. Tak berani nak telefon rumah... Habis duit siling...



Walaupun aku kahwin lewat, ketika berumur 32 tahun, kini aku dah ada 5 orang anak setelah berkahwin selama hampir 13 tahun.

1 ulasan: