# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Sabtu, 23 Julai 2011

Berkelah di Sungai Loh

Aku 'follo' bas bersama cikgu Amra & Wahab
Zam mengajak aku ke Sg Loh kerana kebetulan ada program sekolah ke sana. Aku mula tak serius sangat nak ke sana tapi akhirnya aku ikut rombongan sekolah ke sana. Nampak isteri aku seronok aje. Dia ni pasal berkelah memang deman pun aku rasa dia nak pergi.


Cari tempat teduh, tak banyak di sini pokok untuk berlindung daripada panas yang terik.




Anak-anak, mandi adalah acara utama mereka. Makan minum mereka tak hirau sangat. Kalau lapar sahaja barulah mula mencari.





Selepas mandi, makan, selepas itu mandi lagi. Lagi tak 'itam' lagi tak berhenti.

Pakai baju kuning pasal hari ini Sabtu
Aku lebih terkenangkan notebook... he he 


Walaupun berkuah ikan singang, ikan goreng dan belacan. Tapi selera aku lebih. Sebelum ini dah habis mee.




Bila balik semua terus terlena di posisi masing-masing. Dengan tuala yang tersidai sudah tak sedarkan diri. Bangun nanti mula cari nasi!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan