# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Isnin, 11 Julai 2011

Jam Baru

Duduk telek ke jam dialah ni...

Mursyid anak aku yang keempat, tahun satu di Sekolah Rendah Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA). Masa peperiksaan baru-baru ini kalau dapat nombor satu aku nak bagi basikal. Saya aku main-main aje.

Rupa-rupanya dia ini jenis yang serius. Dia tak makan maggie takut jadi bodoh. Daripada mana dia dapat pertua ini aku pun tak tahu. Di sekolah dia minta jawapan dengan cikgu pasal nak dapat nombor satu.

Bila tiba peperiksaan rupa dapat nombor satu. Mampus aku... Aku cakap dia beli basikal bila dia besar sedikit. Bazir duit. Dia cadangkan aku belikan dia jam, pasal jam murah... bijak kepala hotak dia ni..

Akhirnya aku akur. Belikan jam di Mydin RM39.90. Hari-hari aisyik tanya pasal jam... boleh mandi tak. Boleh kena shampoo tak? Aku naik pening.. Jika jam tu tak sama dengan jam di dinding lagi dia tanya...

Pening kepala aku.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan