# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memasak. Papar semua catatan

Rabu, 7 Disember 2011

Steambot



Pada akhir tahun 2010, sekolah aku ada buat jamuan akhir tahun di Rumbia Resort di Paka. Pilihan menu antaranya ialah 'steambot'. Tapi steambot yang disediakan cukup mengecewakan aku... cakap mudah.. "langsung dok sedap". 

First time aku makan steambot di Batu Beach Resort, RM15 sekepala dengan minimum 4 orang, maksudnya RM60 sekali makan. Aku juga pernah berhenti di beberapa restoran yang ada sediakan steambot, tapi rasanya Rumbia paling 'komang' sekali!




Atas kekecewaan itu, aku ke Mydin Terengganu beli Dapur Elektrik Hyundai dengan periuknya sekali hanya RM109 (Masih ada lagi di MyDin sehingga sekarang) seperti gambar diatas. Aku nak buat steambot sendiri dan dengan ini aku boleh jimat duit layan permintaan anak aku yang selalu minta nak makan steambot.


Semangat anak aku dengan kesabaran menunggu!
Nak masak steambot bukan susah sangat. Beli barangan untuk steambot seperti udang, ketam (aku tak galak pasal payah nak makan), sotong, daging dan pelbagai jenis berbola. jangan lupa kangkung!

Kemudian buat kuah tomyam.. sebaiknya kisarkan sekali dengan 1 atau 2 biji tomato untuk pekatkan kuahnya.


Antara bahan steamboat...

Masukkan sekali semua bahan, makin lama kuah makin sedap!

Guna dua sendup satu yang berlubang.. untuk selamatkan
kuah kering dicenduk oleh anak-anak
.
Tips untuk ada anak kecil ramai. Kena cendukkan untuk mereka. Kalau tak berebut mereka, silap haribulan kuah steambot itu jadi mandian pula!! Selepas bahagikan sama banyak setiap jenis berbola.. dah nampak dia kenyang biarlah mereka ambil sendiri pula. Kalau asyik layan dia orang bila pula kita nak makan... he he

Nampak menyelarakan... rasapun menyelerakan!
Emak saudara aku suka steambot.. masa dia muda mana
ada jumpa 'nantang' ni!

Selain kuah tomyan, ada cara paling mudah aku nak bagi trip kepada pembaca blog ini. Aku beli rencah sup tulang abadi (yang cair). Masukkan air mineral, kacau dan kelihatan seperti gambar di atas. Kuah tomyam agak pedas lebih digemari. Sup tak pedas tapi sesuai untuk yang kecil...

Satu lagi tip untuk engkau orang. Dapur ini boleh di bawa dan jika anda kebetulan berjalan-jalan "cuti-cuti Malaysia", bawalahnya sekali. Bila singgah di hotel mana-mana, anda boleh buat steambot dengan membeli paket siap "mix ball", Perencah Sup Tulang Adabi (Cair bukan yang debu tu!! mampus mu nanti). air mineral 1.5Liter. Bersonoklah di hotel dan anda boleh jimat duit!!

Oh ya dapur ini boleh masak dengan barangan stealing steel, lebih cepat. Baca di sini bagaimana saya masak sayur sehingga anak aku yang tak suka sayur boleh licin... (baca di sini)..

Ahad, 2 Oktober 2011

Panggang Ikan dengan Microwave


Salah satu menu resipi aku, biasanya makan tengah hari ialah kembong panggang kunyit, belacan dan sayur lemak kacang panjang. Ikan segar di beli di pantai.


Dengan microwave Panasonic Inventer hanya RM450 sahaja sekarang anda mampu memangang macam zaman kecil dulu dengan bara api sabut kering... 


30 minit ikan siap boleh dihidang 15 minit dan balikkannya... dengan kuasa rendah grill


Nak garing tambahkan masa nak berair 'hawa masak' kurangkan masa. Semuanya menyelerakan!!! Tanpa hangus api punca barah kedua selain satey selepas meggi!!

Pop Corn Masin Manis!

Pelbagai jenis pop corn
Masa mengisi minyak di Caltex, anak perempuan aku yang suka minta "be'li" minta aku beli 'gulailir' (gula kapas). Aku 'wak dok je'. Dua hari lepas tu masa mengisi minyak 'gulailir' sudah tidak ada. Dia minta beli 'pop corn'. Aku 'wak dok' dengar je!! Dia marah ke aku! Perempuan dia akan merajuk!


Jadi untuk mengatasi masalah seperti ini. Aku nak kongsikan dengan pelawat "album peribadi online" aku, bahawa pop corn boleh dibuat sendiri di rumah dengan periuk biasa dan lebih mudah daripada memasak sosej love (baca di sini).

Mula-mula beli jagung macam gambar di atas RM2. Beli di pasar atau di kedai Pok Eng Teng.


Kemudian basuh jagung itu secawan aje. Kalau dibuat semua RM2 tadi, siap pakai plastik hitamlah untuk muatkan pop corn yang dah masak dan makan sampai bulan depan!!


Guna apa-apa jenis periuk. Saya guna periuk kaca hadiah beli petis ais 10 tahun lalu. Panaskan minyak + Mentega/majerin lebih kurang sesudu. Guna api besar.


Masukkan jadung tadi biar sama rata dengan aras minyak untuk memastikan semua jagung boleh jadi berteh. Masa ini kecilkan api, nanti hangus pop corn nanti.


Tutup dengan pinggang. Aku sengaja guna pinggang bukan apa nak tunjuk mudah masak 'nantang' ni yang orang jual mahal sangat!! (Aku dulu tak beli di Caltex bukan apa saja nak protes tu!!). Lihat jagung dah mula mengeluarkan bunyi "pop". Bertih sudah kelihatan.


Masa ini seronok dlihat dan dengan bunyi pop.

Acara memasak bersama cikgu Zul ditaja
oleh Kicap Cap 3 ekor ayam... he he
Setelah bunyi makin pelahan, padamkan api. Jangan buka pinggang tu biar lagi sehingga pop berhenti. (walapun api ditutup jajung mungkin ada lagi yang meletup jadi bertih)


Bila betul-betul berhenti, buka dan masukkan ke dalam bekas.


Langkah seterusnya nak buat karamel. untuk digaul dengan pop corn ini.


Ambil nisan (gula melaka) secukup rasa bergatung banyak mana pop corn dibuat. Kalau tak guna gula melaka guna gua pasir 3-5 sudu. Sesudu mentega/mejerin dicampurkan. Panaskan sehingga warna bertukar coklat. Angkat dan gaulkan ke dalam pop corn tadi. Awasi 'nantang' ni panas kalau kena tangan 'sakit nak mampus' (aku kabor sebab aku kena doh lah...)

Anda boleh juga buat karamel bercoklah dengan memanaskan coklat. Begitu juga nok suruh budak-budak suka guna pewarna yang tidak membayakan.

Kalau anda rajin letaklah apa sahaja seperti gambar paling atas sekali, tak ada orang nak marahkan kepada kita.

Aku bukan kidal, saja nak ambil gambar
sebelah kanan pegang kamera... ini kira berlakon!
Tapi aku pelik sikit aku suka pop corn ni masin sikit dengan mengaulkan dengan garam sahaja. Dan kadang kala aku tumbuk gula untuk ditaburkan untuk ada rasa masin dan manis....


Selepas siap aku masukkan gula dan garam aku tutup 'tupperware' dan aku gocang!! he he kan mudah.


Sebenarnya aku masak 'pop corn' ini pukul 1.00 pagi masa ni semua anak aku tidur, termasuk bini aku. Jadi tak ada yang kacau... itu pasal aku terpaksa ambil gambar sendiri.

Pop corn dalam tupperware besar tu untuk anak-anak aku bawa ke sekolah. Pop Corn di atas dalam tupperware kecil tu sebenarnya aku nak bawa ke sekolah pagi nanti nak 'test' dengan Cikgu Zam dan Wafi.. kalau mereka segar megar.. maknanya pop corn ini selamat untuk manusia!!!

2.07 pagi aku letih doh... aku behenti di sini dulu.

..........

Tambahan:


Pop corn pagi tadi dah habis, anak aku suruh buat lagi. Yang ini aku test dengan madu.... kurang sedap mungkin madu yang digunakan ada pahit sikit. Rasanya paling best guna nisan + gula dimasak sampai warna perang coklat jugak!

Isnin, 26 September 2011

Sosej LOVE dengan telur mata kerbau


Hari ini balik sekolah aku tak buka komputer, aku sekadar ke kolam ikan dan beli 9 ekor anak Dwarf Gourami (jenis ikan sepat) dan ikan "tiger". Anak kecil aku merungut nak makan sosej sebab dia lihat semalam aku beli sosej.

Sebenarnya aku dah 'sound' dekat Zam nak masak sosej "Love" kepada anak-anak aku. Jadi aku ke dapur penuhkan hasrat mereka.


Bersihkan sosej, buah tomato, brokoli (lagi bagus), daun bawang, pencungkil gigi (kalau tak ada guna lidi satey dipotong pun tak apa). Belah dua sosej jangan putus hujung kemudian lipat buat simbol LOVE. Semakkan hujung sosej dengan lidi seperti gambar di atas


Panaskan dapur sedikit minyak. Kalau boleh cari dapur yang besar. Aku tak ada dapur besar, lelahlah sedikit kena masak banyak kali.


Balikkan sosej tersebut dan selepas itu pecahkan telur puyuh kedalamnya. (Jangan guna telur ayam -- 'rumbu' nanti)


Ini yang dah siap, hiasnya seadanya dengan bahan-bahan tadi mengiku cita rasa anak-anak kita.


Anak perempuan aku tanya, "ayah kena makan sayur ke??"


Ini anak lelaki aku. Pun tak berapa suka sayur, apatah lagi kalau mentah.


Lelaki mana boleh buat "beralus" ada sosej yang patah. Yang patah tu masak sekali gus. Ini untuk aku punya. Aku mana ada romantik tak perlu tanda LOVE pun, asal kenyang aje!!

Selasa, 6 September 2011

Masak Sup Mamak @ Sup Rempah

Pagi tadi datang ke sekolah lihat Wafi bawa anak. Aku bergurau dengan anaknya "ayah masak atau beli nasi bungkus di kedai?". Anaknya jawab "ayah masak..."  Aku terus rasa terharu... sedih tapi masih aku gelak!!

Ada bercakap dengan Wafi pasal sup mamak @ sup rempah. Memang sup itu sukar nak di cari. Di Terengganu aku tak jumpai lagi warung yang menjualnya. Dulu di Kuantan ada satu warung hampir dengan kedai My'10 tapi dia buat sup ayam sahaja. Supnya menyerupai rasa sup yang arwah aku buat. Sekarang dah tak ada.

Di KL banyak... zaman aku belajar dulu aku selalu makan di sebelah Kompleks Kota Raya. Sekarang aku makan di Medan Idaman, Gombak atau di Sebelah Masjid Pakistan di Chou Kit.

Hotel Primula dan Grand Continental, sup rempahnya menyerupai sup mamak. Hotel lain buat x ajelah,,

Aku tak ingat bagaimana ayah aku buat sup ini, hanya aku tahu semua rempah ayah aku giling dengan batu giling...  Entah bila aku besar, 'kromoson' ayah aku membuatkan aku boleh mewarisinya (ini fantasi film). Jadi aku nak perturunkan di sini sebab bila aku search Mr Google banyak sangat versi untuk membuat sup ini.... dan yang aku punya lain daripada yang lain pasal tak perlukan batu giling!!!


Langkah 1 - Pastikan ayam dipotong kecil-kecil, pisau mesti bersebelahan dengan pengasah. Sebab kalau masak aku tak suka pisau tumpul. Satu lagi aku tak suka singki ada mangkuk pinggan yang tak dibasuh (hari ini dimaafkan pasal isteri tak sihat...) * Kalau ada kambing memang terbaekk!!


Selepas basuh, toskan daging itu supaya airnya benar-benar kering, sebab air masih basahan itu boleh mempengaruhi rasa sup nanti.

Klik gambar untuk besarkan

Langkah 2 - Siapkan bawang putih, bawang merah, halia, kentang, bunga rawang, cengkih, buah pala, peraga dan kayu manis. Lain-lain rempah dah ada dalam perencah sup adabi 2 bungkus dan tambahan 1 bungkus sup bunjut. Bawang guna banyak, orang Melayu macam bangsa Iban masak kedekut bawang tak berani nak letak banyak... 

Bini aku tak lulus kentang di atas, di kata aku potong tak cuci....
Masih ada lagi hitam-hitam. Sekarang baru dapat CF... he he

Tadi aku dah cakap tak payah pakai batu giling pasal, adabi telah selesaikan sebahagian rempah seperti ketumbar, jintan putih, jintan manis dll dalam rempah supnya.


Langkah 3 - Panaskan minyak, kalau ada minyak sapi lagi bagus. Tumiskan bawang putih. Ini satu lagi petua, jangan malas campurkan sekali semua jenis bawang.


Sebaik-baiknya tumiskan bawang putih sehingga keluar bau, baru masukkan bawang merah dan bawang mula keluar bau masukkan halia dan tunggu sehingga bawang nak hangus tepi, masukkan air sebanyak mana perlu.



Tunggu sehingga mula gelagak.. masukkan perencah sup adabi. Pastikan jangan masuk terus kedalam nanti akan ada butiran, macam susu tepung masuk dalam air sejuk!! Oleh itu sebaiknya masuk perencah sup dalam piring tuangkan sedikit air panas. Kalau tak ada air panas ceduklah air dalam periuk ayam tu!!

Aku malas ambil gambar, jadi selepas dia dah keluar bau rempah sup masukkan kentang, bubuh garang sekup rasa. Maknanya kalau sup ini nak rantah macam tu, pastikan jangan masim.... tapi kalau nak makan dengan nasi bubuh garam lebih sikit. Jangan tertumpah garam dahlah... Tapi tak apa kentang boleh serap garam jika ter'masim'.

Last sekali masukkan daun sup..

Terlupa masukkan daun sup..
Hasilnya..... 

Lihat anak bungsu aku, termuncung mulut kerana sup tu masih panas lagi...

Untuk yang nakkan resepi ini versi lain, misalnya ada yang masukkan tepung dhar untuk pekatkkannya atau campurkan sedikit dengan rempah kurma boleh ikuti di bawah.  Aku perturunkan resepi ini untuk tatapan semua. Tapi aku suka buat simple macam di atas, tak banyak kerja.. Selamat mencuba...

SUP AYAM ALA MAMAK

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 batang serai [ketukkan]
sedikit garam
sedikit bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara menyediakan
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.

SATU LAGI VERSI LAIN
800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya guna 500 g ekor lembu + 300 g daging lembu )
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..

Sabtu, 3 September 2011

Buat Satey


Setalah beberapa kali di suruh isteri aku mula ke dapur untuk tolong siapkan apa-apa untuk raye tahun ini. Itu pun muka isteri aku dan berubah, sebelum dia jadi 'hulk' lebih baik aku buat-buat rajin. Langkah 1 'siang' ayam itu telah dibuat oleh isteri aku. Langkah 2 buang tulang ambil isi dan potong kecil-kecil untuk di cucuk pada lidi.


Langkah 3 Gaul dengan rempah yang disiapkan oleh isteri. Campur sekali dengan gula. Anak aku tuang 1 kilo gula... pasti manis


Gaul sebati. Jangan 'penyet' nanti 'nyeng' ayam tu!! Gaul dengan cermat. Lihat aje tukang gaul, kerangka tu yang uat selera satey bertambah... ha ha 


Langkah 4 Sediakan bara. Nak hidupkan arang jadi bara ni yang susah. Ini aku tak rakam pasal muka aku ber'arang'. Nak ringkas aku guting tiub basikal buruk anak aku... gunakan kipas di belakang untuk pastikan angin bertiup... - pakai otak baru mudah.


Langkah 5 Bakar satey. Pastikan kesihatan dijaga. Gunakan topeng mulut dan hidung... aku rasa aku aje ada gaya ini.


Bila satey dan ok, bakinya serah kenapa anak-anak. Ini bahagian rasa dan buat 'munah'... Tukang rasa pun ada sekali.


Ini pun masuk kategori tukang rasa nak tumpang sekaki ni.... Biasanya apa-apa eksperimen setelah diuji kepada binatang akan diuji pada manusia... lihat di bawah.


Langkah 6 langkah akhir sekali hidang kepada bekas anak murid, jika ada apa-apa berlaku dia orang tanggung. dia orang ni mana ada anak bini. Kalau mati pun tak apa. Dosa pun tak banyak lagi..

Semua proses membuat satey sebenarnya "didalangi" oleh isteri aku.... kira dibelakang tabir