# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Rabu, 22 Mei 2013

Sambut Menantu Ezri Firdaus dan Isterinya...


Selepas kahwin 22hb.. 24 Disember 2012 majlis sambut menantu. Adik aku buat keputusan nak buat rumah dia bukan di rumah abang aku. Jadi kami siapkan garaj untuk majlis ini.

Kahwin Anak Saudara Ezri Firdaus



22 Disember 2012 Perkahwinan anak saudara aku daripada abang ke-2 aku dengan isteri pertamanya. Ini adalah anak bongsu dengan isteri pertama. Anak saudara aku rapat dengan ibu aku pasal ibu aku pun dia panggil "MAK" bukan "TOK".


Kahwin Uzair Anak Ayah Teh (Bapa Saudara Isteri)



2 Jun 2012 aku sekeluarga ke Gelang Patah, untuk perkahwinan sepupu isteri aku, Uzair (baju oren) dan bapa saudara isteri aku (baju coklat).

Pembedahan Kelompak Mata


Isteri aku atas nasihat doktor pakar minta dia bedah kesan kelestrol ada pada kelompok mata. Aku tak ingat bila kesan itu ada. Rasanya selepas anak yang kelima. Dia tanya aku setuju aje.

Cat Garaj


Bila anak saudara aku nak kahwin nak guna rumah adik aku sebelah rumah aku. Garaj akan digunakan untuk sambut tetamu. Isteri aku beriya nak cat garaj. Aku pun mulakan projek ini. Gambar di atas hanya lakunan sahaja.

Baiki Komputer


Walaupun saya pandai membaiki komputer, saya jarang membabitkan anak-anak saya. Saya tak berhasrat nak ajar mereka daripada kecil. Mungkin juga masa saya yang agak tidak begitu banyak dan saya kena tumpu. Lagi pun saya pandai komputer hanya ketika berumur 21 tahun. Sebelum itu tak kenal mana pun, sentuh pun tidak. Jadi tak mustahil anak saya boleh pandai kalau dia belajar sendiri.