# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Rabu, 22 Mei 2013

Baiki Komputer


Walaupun saya pandai membaiki komputer, saya jarang membabitkan anak-anak saya. Saya tak berhasrat nak ajar mereka daripada kecil. Mungkin juga masa saya yang agak tidak begitu banyak dan saya kena tumpu. Lagi pun saya pandai komputer hanya ketika berumur 21 tahun. Sebelum itu tak kenal mana pun, sentuh pun tidak. Jadi tak mustahil anak saya boleh pandai kalau dia belajar sendiri.


Tapi pada 19 Jun 2012 saya ajak 2 orang anak saya ke Makmal ICT dan saya suruh dia buka 2 PC. Satu tu memang tak rosak pun dan satu lagi rosak power supply.


Saya suruh dia buka PC tak rosak dan leraikan satu persatu, kemudian pasang semula. Test samada hidup atau tak. Setelah diuji mereka berjaya memasang semula.



PC HP Makmal ini memang bukan HP sebenar, biasalah kontrator menipu. Paling teruk ialah power supplynya rosak. Rasanya lebih drp 20 biji power supply telah rosak. Saya minta anak saya tukarkan.





Akhirnya mereka berjaya. Yang bongsu Mursyid ni aktif siki pasal komputer.


Haziq, berbajuk hijau abangnya kurang minat sikit aku lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan