Bila naik kereta pergi mana-mana termasuk balik daripada sekolah anak aku yang perempuan Nabihah Syafiqah selalu minta beli apa-apa yang dia terlintas.
Nasib baik terlintas penjual ais cendol. Kira jimat duit sedikit. Hari itu di MyDin Kuala Terengganu nampak jam yang cantik minta belikan jam. Sampai hari ini jam warna pink dengan cahaya warna pink itu masih lagi dalam ingatannya. Dia akan 'ratib' minta aku belikannya.
Penjual Cendol ini peramah dan membuatkan aku terlintas satu projek bernamakan sempena penjual cendol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan