# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Rabu, 7 Disember 2011

Dua hari kena seksa di' bini!!


Terlalu lama tak update blog ini. Cuti sekolah sepatutnya aku banyak masa tapi masa semuanya habis digunakan untuk kerja lain, walaupun masih mengadap komputer. Malam berjaga siang tidur sampai tengah hari. Walaupun orang tua kata 'kahak rezeki' tapi gaji aku masih jalan...gaji aku sekarang ni 'rapat dinding'.


Sebelum ini aku asyik lihat bini aku menjahit langsir sekolah aje. Datang juga dalam hati aku, dia ni jadi hamba sekolah. Langsir rumah tak pun dijahitnya. Ada yang tercabut dan tak lebih sudah jatuh. Tapi semuanya aku pendam dalam hati aje... rupanya dalam hati aku pun 'macam' dia boleh baca.  



Apa bila dia dah mula menjadi 'hamba rumah' pula. Aku jadi mangsa, 2 hari aku tak boleh berjinak dengan komputer. Aku kena berjinak dengan mesin drill, gergaji kayu dan besi, tukul dan skru driver...

Ini adalah pembantu dan boleh juga dikatakan pengacau
nombor satu semasa aku buat kerja.

Ruang tamu sudah siap.. macam bilik seminar... gelap. Entah bila pula aku kena sambung kerja untuk ruang keluarga serta bilik-bilik yang ada....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan