# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Buku nota kimia aku..


Dulu orang tak panggil buku nota, orang panggil buku salinan kimia. Masa dulu aku hanya guna buku 80 muka surat sahaja untuk setahun. Zaman sekarang dahlah buku tebal besar pula.. entah apa yang disalin. Nota sekadar isi penting aje.



Mr. Teh Chin Hoe cikgu aku masa tu. Zaman dulu tak ramai cikgu Melayu mengajar sains tulen. Kalau ada pun subjek bio aje.


Aku dapat 3 dalam subjek kimia SPM.


Ini kerja anak aku si Mursyid. Habis buku-buku lama aku dijadikan 'buku lukisan'nya.


Ini watak apa?


Ini mesti Mickey Simon kartun setiap petang di TV9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan