# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Isnin, 8 Ogos 2011

Kerenah Berbuka Puasa


Bulan puasa, "time berbuka" dengan anak 5 orang berderet macam keratapi memang menyeronokkan tapi kadang kala 'naik darah juga' bila dia orang buat hal. Puasa mengajar kita untuk bersabar dan juga bertindak bijak.

Saya sebelum ini telah menentapkan tempat duduk masing-masing dan tak boleh bertukar. Tujuan tak lain mengurang perbalahan dikemudian hari.

Hari ini, anak aku 7 tahun, Mursyid tertidur sebelum berbuka. Bila dia bangun kerusinya tak ada dan dia mula nak merengek dan masuk semula ke ruang keluarga. Aku cakap kepada isteri aku biarkan sahaja. Kami teruskan berbuka dan dia tertidur semula di sofa.

Selepas kami selesai baru aku kejutkannya.


Semasa dia berbuka dia cakap kepada emaknya. "Niat tak lagi berpuasa", kemudian dia toleh ke dinding melihat jam. "Kenapa masih pukul 7 lebih"... Dia baru sedar rupanya.

Dalam 'mambai' habis ikan kerapu masak tomato yang harga hari ini macam bedil RM28 sekilo. Selepas itu dia datang kepada emaknya. "Ummi sedah ikan kembong, habis doh Mursyid nak makan sahur nanti macam mana?"

Hari ini sekurang-kurangnya aku dah selesai masalah kalau aku biarkannya nanti mungkin ada sedikit suasana tak tenteram yang boleh melibatkan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan