# Blog ini bersifat 'lebih' peribadi dan merupakan album online keluarga kami di Lot 7640. Harap maklum...
Untuk ke sini (rumah ini) sila setkan GPS Garmin kepada "SURAU BARU BUNGA RAYA" Dungun, Terengganu.
Perhatian : Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Sabtu, 30 Julai 2011

Majlis Aqiqah Cucu Cikgu Zaleha


Hari ini 30/7/2011 walaupun tak berapa cergas, aku pergi juga ke rumah Cikgu Che Zaleha atas sebab isteri aku terlalu baik dengan dia. Aku biasa hari ini dengan baju kuning.


Biasalah oleh kerana lewat, tak ramai yang tinggal. Tuan rumah pun nak berehat.


Rumah cikgu Che Zaleha macam rumah polis, warna persembahannya. Kolam ikan pun nampak dah tak terurus sekurang-kurang memberikan aku beberapa pengalamannya untuk aku urus kolam ikan aku. Orang malas macam aku ini mesti pelihara ikan yang tahan lasak!!

Sabtu, 23 Julai 2011

Tahlil rumah Fatah


Dalam keletihan hari ini aku dijemput tahlil di rumah anak saudara isteri aku. Walaupun aku rancang nak pergi selepas solat isya' kebetulan dekat dengan surau Ustaz Omar Shukri tapi pelan aku berubah kerana isteri ajak pergi petang sebelum maghrib.


Macam aku sebut sebelum ini selepas tidur mesti cari nasi.. dua orang anak aku memang macam kelaparan aje.


Mursyid agak study sikit.. 


Yang ini sempat tambah dan bawa masuk air dalam kereta, katanya tak sempat minum...

Jabatan Seberang Pintasan Dungun


Sebelum ada jabatan untuk ke Seberang Pintasan, aku dulu naik "bot nambang" atau mengikuti jalan jauh iaitu melalui Tanjung Jara. Tapi sekarang jabatan dan ada ini memudahkan perjalanan serta cantik pula permadangan di atas jabatan ini.


Gambar ini aku ambil pada 29 Januari 2008 dan anak-anak aku masih kecil lagi.


Haziq dan Mursyid masaih lagi belum bersekolah.

Berkelah di Sungai Loh

Aku 'follo' bas bersama cikgu Amra & Wahab
Zam mengajak aku ke Sg Loh kerana kebetulan ada program sekolah ke sana. Aku mula tak serius sangat nak ke sana tapi akhirnya aku ikut rombongan sekolah ke sana. Nampak isteri aku seronok aje. Dia ni pasal berkelah memang deman pun aku rasa dia nak pergi.


Cari tempat teduh, tak banyak di sini pokok untuk berlindung daripada panas yang terik.




Anak-anak, mandi adalah acara utama mereka. Makan minum mereka tak hirau sangat. Kalau lapar sahaja barulah mula mencari.





Selepas mandi, makan, selepas itu mandi lagi. Lagi tak 'itam' lagi tak berhenti.

Pakai baju kuning pasal hari ini Sabtu
Aku lebih terkenangkan notebook... he he 


Walaupun berkuah ikan singang, ikan goreng dan belacan. Tapi selera aku lebih. Sebelum ini dah habis mee.




Bila balik semua terus terlena di posisi masing-masing. Dengan tuala yang tersidai sudah tak sedarkan diri. Bangun nanti mula cari nasi!!

Khamis, 14 Julai 2011

Tanam rumput karpet


Setelah ruang hadapan rumah aku telah pasang paving block, sebahagian rumput karpet yang pernah "tak cara" sebelum ini dan bercampur baur dengan rumput biasa telah diminta untuk disimpan oleh pekerja abang aku.

Aku telah membuat keputusan untuk menanamnya secara 'serius' rumput karpet ii disisi rumah aku.



Aku minta tolong anak sulong untuk ratakan tanah. Dia ni culas sikit bab kerja. 'Baik adik puan' dia rajin dalam hal begini. Tengok gaya dia kena paksa... dan dia selalu tak pernah bantah apa aku suruh walaupun tak setuju... Bantah dalam hati sahaja.



Proses tanaman dimulakan. Aku buat besar-besar pasal banyak sangat rumput ini. Kalau beli bayangkan RM5 se, parok juga pitih!



Selepas tanam kena siram pula setiap hari, pagi dan petang. Jangan malas. Pastikan mana-mana rumput lain tumbuh dibuang. Ini aku tugaskan kepada anak kedua aku Nabihah.

Isnin, 11 Julai 2011

Jam Baru

Duduk telek ke jam dialah ni...

Mursyid anak aku yang keempat, tahun satu di Sekolah Rendah Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA). Masa peperiksaan baru-baru ini kalau dapat nombor satu aku nak bagi basikal. Saya aku main-main aje.

Rupa-rupanya dia ini jenis yang serius. Dia tak makan maggie takut jadi bodoh. Daripada mana dia dapat pertua ini aku pun tak tahu. Di sekolah dia minta jawapan dengan cikgu pasal nak dapat nombor satu.

Bila tiba peperiksaan rupa dapat nombor satu. Mampus aku... Aku cakap dia beli basikal bila dia besar sedikit. Bazir duit. Dia cadangkan aku belikan dia jam, pasal jam murah... bijak kepala hotak dia ni..

Akhirnya aku akur. Belikan jam di Mydin RM39.90. Hari-hari aisyik tanya pasal jam... boleh mandi tak. Boleh kena shampoo tak? Aku naik pening.. Jika jam tu tak sama dengan jam di dinding lagi dia tanya...

Pening kepala aku.....

Letih & lembik dah 3 malam tidur di sekolah

Semenjak sekolah menggadakan TIZ EDU-FEST 2011 aku dah 3 malam di makmal. Balik sebelum subuh. Akhir terakhir aku bersama cikgu Zam. Zam baru nak kenal erti 'berjelir.."



Masak sayur


Semenjak aku beli dapur elektrik Hyundai untuk steambot, aku dah jadi rajin sedikit masak terutamanya masak sayur. Pelik juga anak-anak aku juga dah mula makan sayur. Dulu bukan main 'culas'nya nak makan sayur.

Kadang kala bergaduh pasal berebut nak makan sayur. Aku sebenarnya pakai tabur aje dalam periuk tu dan menggunakan pengetahuan Fizik aku 'haba pendam pengewapan" bagi mencepatkan sayur masak.


Isnin, 4 Julai 2011

Pasang Paving Block II


Hari ini aku diperli oleh abang aku pasal design 'paving block'.  Oleh itu aku dalam keadaan berpakaian kerja turun membuat sendiri. Entah macam seronok sahaja hari ini, apatah lagi anak-anak aku turun sama.

Anak perempuan aku, Nabihah Syafiqah yang ada sikap macam lelaki sikit apatah lagi turut nak mencuba mesin perata tanah.


Anak perempuan bongsu, Nabila Atiqah pun tak ketinggalan turut membantu.


Abangnya Haziq Izanudin juga tak ketinggalan dalam agenda ini.


Anak saudara aku, Apiq pun turut serta dengan anak sulong aku Muizzuddin.


Anak aku Mursyid (baju kuning bersih..) tak turut hari ini pasal semalam dia bekerja daripada pagi.

Hari ini semua nampak happy. Aku sahaja sakit pinggang pasal dah lama tak bekerja.

Ahad, 3 Julai 2011

Pasang Paving Block



Aku buat keputusan nak pasang paving block. Buat permulaan order dulu 2000 biji.



Abang aku yang pasangkan. Katanya tanah mesti di mampatkan dengan mesin. Selepas itu tabur dan rata dengan pasir garam (pantai) selepas itu pasang paving blok dan mampatkan sekali lagi dengan mesin mampatan.